"
Mutakhir   ini isu hudud kerap dibahaskan. Ada yang berkeras ingin  melaksanakan   hudud, ada yang menentang dan ada pula yang mengambil  pendirian atas   pagar. Pendirian tentang isu ini bergantung kepada tahap  kefahaman   masing-masing tentang hudud. Sudah tentu bagi mereka yang bidang dan lapangan tentang hudud, semestinya berkehendak agar hudud dilaksanakan tanpa ada prejudis. Ini hukum Allah, beri kebebasan kepada Kelantan untuk melaksanakannya. Lagipun Kelantan telah mengiktiraf negerinya adalah Serambi Mekah, bersedaya upaya menitikberatkan ruh syariah dalam pentadbiran, ekonomi dan sosial walaupun ada usaha memperlekeh dan menyekatnya.
Syarat apa lagi yang boleh  membenarkan Kelantan melaksanakan hudud  ini ? Jika syaratnya Menteri  Besar mesti kelulusan agama, syarat itu  sudah lebih dari cukup. Bukan  sahaja Menteri Besarnya 'tok guru' tetapi  exconya juga adalah sebatian  antara ulama' dan umara'. Jika syaratnya  juga mesti masjid-masjid dan  surau-surau bersepah di setiap daerah.  Syarat itu pun dah dikira  'settle'. 
Bukan itu sahaja, jika negeri-negeri lain pertumbuhan pusat judi, kelab malam dan hiburan semakin hari semakin berputik, negeri Kelantan pula dipenuhi dan ditumbuhi dengan pondok-pondok agama yang menjadi tradisi dan nadi utama rakyat Kelantan. Jika syaratnya, mesti tunggu turun Nabi Isa dan Imam Mahdi dulu baru boleh laksanakan hudud, waaahhh, ini sudah lebey. 20 tahun kerajaan Kelantan tunggu, bukan sedikit masa tu.

Bagi  mereka yang masih samar-samar  tentang hudud, jangan mengeluarkan  sebarang kenyataan tanpa memahami,  mendalami dan menekuni isu ini  dengan semasak-masaknya. Ditakuti, jatuh  akidah dan syahadah sebagai  seorang muslim apabila mempertikaikan dan  menafikan ianya, iaitu hudud  tidak sesuai dilaksanakan di Malaysia.  Tanyalah ulama'-ulama' yang  thiqah jika ada keraguan dan kemusykilan.  Jangan ditanya ulama' suuk,  bukan pencerahan yang ditunjukkan, tetapi  kegelapan dan kesesatan akan  ditemui. 
Kadang-kadang dalam isu ini juga hendak ku sumpah seranah kepada seluruh pejuang kebebasan yang kononnya memperjuangkan hak asasi manusia. Bila Kelantan mewajibkan seorang perempuan itu memakai tudung, maka muncullah pejuang-pejuang kebebasan keluar dari gua mana ntah, tiba-tiba menentang syariat ini kerana tidak memberikan wanita kebebasan untuk memilih sama ada memakai tudung atau tidak. Bila Kelantan melarang wanita membuka aurat pada iklan-iklan komersial, bangunlah pejuang kebebasan mempertikaikan hukum itu dengan slogan 'di mana kebebasan?'
Tetapi apabila seluruh rakyat Kelantan memberikan mandat dan watikah kepada Kerajaan Kelantan untuk melaksanakan hudud, untuk keluar dari kepompong undang-undang buatan manusia ke undang-undang buatan Allah, tiada satu suara pun dari pejuang kebebasan berbisik, inikan pula berteriak memperjuangkannya. Mengaum jauh sekali. Jadi ku ingin memulangkan kembali slogan yang sering mereka perjuangkan 'di mana kebebasan?'. Dan di mana kebebasan rakyat Kelantan untuk melaksanakan hudud ?.