
Najib  bukan sahaja bersifat rasis tetapi juga tidak langsung melihat  keperluan merombak proses pilihan raya negara ini yang banyak  menguntungkan pemerintah selama ini.
Perdana  Menteri dan sepupunya Menteri Dalam Negeri Hishamuddin Hussein juga  mempamerkan kesanggupan luar biasa menggunakan polis untuk menangkap  orang awam di atas sebab-sebab dangkal yang mirip sebuah negara  diktaktor.
Walaupun mencanang dirinya sebagai  adil dan berjiwa rakyat, BERSIH membuktikan Najib tidak akan  teragak-agak menggunakan kuasa eksekutifnya untuk menumpaskan sesiapa  yang dianggap sebagai musuh politik Umno. Dalam konteks Himpunan BERSIH,  beliau melihat tokoh-tokoh seperti Sasterawan Negara Datuk A Samad  Said, Ambiga dan Presiden Jamah Islah Malaysia Zaid Kamaruddin sebagai  musuh politiknya.
Semua mereka adalah aktivis  berhemah tinggi, mempunyai kewibawaan dan keikhlasan mendokong agenda  murni iaitu berjuang untuk proses pilihanraya yang lebih baik.
Kenapa agenda begitu digeruni oleh Umno dan Najib?
Inilah  persoalan yang berlegar di minda rakyat sebelum dan pada 9 Julai , dan  terus akan berlegar pada hari-hari menjelang pilihan raya umum ke 13.