
HHRS  2.0 - Berita kematian Osama Bin Laden sepertinya tidak akan  menghentikan aksi keganasan yang dilakukan oleh Al-Qaeda. Bahkan,  mungkin organisasi tersebut akan kembali memiliki pemimpin kuat, yakni  orang kedua yang berpeluang besar untuk menggantikan Bin Laden.
Dilaporkan  dari laman India Express, 2 Mei 2011, pemimpin nombor dua al-Qaeda,  Ayman al-Zawahri dikhabarkan akan menggantikan Osama dalam memimpin  rangkaian keganasan yang terbesar di dunia tersebut.
Zawahri  tidak boleh dipandang sebelah mata, dia dikenali sebagai ketua  pelaksana serangan di al-Qaeda sekaligus mentor Osama bin Laden.  Keduanya bertemu pada pertengahan 80an di Peshawar, Pakistan, ketika  menyokong gerila mujahidin Afghanistan dalam memerangi Kesatuan Soviet.
Zawahri,  59, adalah seorang doktor lulusan sekolah perubatan yang  terbaik di  Mesir. Pendidikan kedoktorannya diambil sesuai dengan sejarah pendidikan  keluarganya yang kebanyakan dalam bidang perubatan.
Ayahnya,  Mohammed Rabie al-Zawahiri, adalah seorang profesor farmasi yang  terkenal, sementara ibunya, Umayma Azzam, adalah seorang ahli politik.  Datuknya adalah seorang imam besar al-Azhar.
Dunia  pemberontakannya bermula ketika usia 14 tahun saat dia bergabung  bersama gerakan Ikhwanul Muslimin (IM). Ketika gerakan ini diberangus  dan pemimpin IM kala itu Sayyid Qutb ditahan, Zawahri dalam usianya yang  sangat muda membentuk pergerakan bawah tanah untuk menggulingkan  kerajaan dan membentuk negara Islam, dari sinilah dia mengenal dunia  jihad.
Salah  satu misi yang diembannya adalah membunuh Presiden Mesir kala itu,  Anwar Sadat. Zawahri adalah satu dari 301 orang yang ditahan ketika  Sadat tewas tertembak pada 1981. Dia akhirnya dibebaskan setelah  terbukti tidak terlibat dalam aksi tersebut.
Sejak  menjadi tokoh penting di al-Qaeda, Zawahri kerap mengeluarkan komen  mahupun propaganda dalam bentuk video, lebih-lebih lagi selepas  peristiwa 11 September. Video terakhirnya disebarkan bulan lalu yang  menyeru kepada seluruh umat Muslim untuk melawan tentera NATO dan AS  yang menyerang Libya.
Dia  juga kerap menjadi sasaran pembunuhan pasukan khas AS, namun usahanya  selalu gagal. Dalam video yang disebarkan pada Januari 2006, Zawahri  mengatakan bahawa bekas Presiden George W Bush adalah seorang pembantai.
Hal  ini disampaikannya berkaitan penyerangan udara ke kediamannya yang  membunuh puluhan orang yang tidak berdosa. Pada awal bulan ini, sumber  perisikan Pakistan mengatakan bahawa Zawahri kembali lolos dari serangan  tentera pada penyerangan yang menewaskan empat pegawai tinggi  al-Qaeda.(lawan)