Khamis, 5 Mei 2011

DAP 100 kali lebih bagus dari Umno


WarkahDaily – Ketika Barisan Nasional (BN) memerintah Pulau Pinang, Gerakan adalah parti yang mengetuai kerajaan negeri pada ketika itu. Umno hanya sekadar dilihat makan gaji buta sahaja.

Padahal sepatutnya, Umno Pulau Pinang pada ketika itu mengambil peluang membela bangsa sendiri yang selalu diwar-warkan yang Umno adalah pembela bangsa Melayu.

Namun realiti ketika itu, orang Melayu hidup makin terhimpit, penempatan kaum Melayu semakin terpinggir dan mengecil di kawasan bandar. Melayu jauh terpinggir ke kawasan pedalaman.

Hidup mereka ibarat hujan batu di negeri sendiri akibat pemimpin Umno negeri ketika itu tidak mempedulikan orang Melayu pada ketika itu. Nak bagi bantuan, jauh sekali. Bantuan hanya dua tiga ratus ketika pilihanraya sahaja.

Jarang kedengaran kerajaan yang dipimpin Gerakan itu membela nasib Melayu di negeri berkenaan. Jauh sekali nak membela agama Islam. Umno yang mengaku pejuang bangsa Melayu dan agama Islam hanya duduk diam, sekadar tunggu projek masuk, kumpul kekayaan peribadi.

Kini, apabila kerajaan parti Gerakan jatuh, Umno pun jatuh. DAP yang mewakili Pakatan Rakyat (PR) pula memimpin.

Maka mulalah kedengaran barua-barua Umno yang selama tidur dalam keadaan kekenyangan dengan perut buncit sedar dengan terpinggirnya Melayu di Pulau Pinang. Tapi yang bodoh dan bangangnya barua Umno ni, depa lupa yang menyebabkan itu semua adalah hasil daripada makan gaji buta mereka selama ini yang tidak mengendahkan keadaan penduduk Melayu dan Islam pada ketika mereka memerintah.

Bila PR memerintah, sekarang barulah sibuk kedengaran nak bela Melayu, cakap Melayu terpinggir dan sebagainya. Cuba bandingkan berapa lama Umno bersama Gerakan memerintah Pulau Pinang, berapa DAP bersama PAS dan PKR memerintah Pulau Pinang. Jangan jadi bodoh dan bangang.

Kerajaan PR Pulau Pinang dituduh bermacam-macam, konon meminggirkan Melayu dan pembangunan Islam di negeri itu.

Tapi semalam dalam laporan Malaysiakini, kerajaan PR Pulau Pinang telah mengumumkan kenaikan elaun untuk pegawai agama di 200 masjid negeri sebanyak 80 peratus.

Kali terakhir elaun itu dinaikkan pada tahun 2005 daripada RM100 kepada RM180 untuk bilal dan daripada RM120 kepada RM200 untuk siak. Itu berlaku ketika pemerintahan BN.

Namun kini, kerajaan PR pimpinan DAP dilihat lebih konsisten dan terkedepan dalam membela dan membantu pembangunan umat Islam dengan menaikkan elaun bilal kepada RM324 manakala siak pula kini mendapat RM360 sebulan.

Jelas, DAP yang dituduh Umno dan barua-baruannya konon mengabaikan pembangunan Islam di negeri itu telah disangkal dengan berita kenaikan elaun kakitangan masjid adalah lebih baik dan lebih tinggi berbanding yang diberikan ketika Gerakan bersama Umno memerintah. Mana hebatnya Umno-BN?

Padahal sebelum ini pun, kerajaan PR pimpinan DAP lebih terkedepan apabila menyerahkan bantuan berjuta-juta ringgit kepada pusat tahfiz Al-Quran. Sebelum ini, usah mimpi nak merasanya ketika BN memerintah.