Sebelum  berlangsungnya Pilihanraya Negeri di Sarawak,bumi di Malaysia Timur ini  agak tenggelam daripada kepanasan suasana politik nasional tanah  air.Walaubagaimanapun,apabila semua pihak tertumpu ke Sarawak, maka  berita-berita dari Sarawak mula menjadi perhatian umum,termasuklah  penulis sendiri.
Bagi  penulis,banyak berita dari Sarawak diperolehi daripada media baru  seperti twitter dan facebook,selain melayari akhbar The Borneo  Post.Akhbar tersebut,boleh dikatakan agak seimbang,walaupun ada sedikit  sebanyak ampu di sana sini.Apapun,antara berita yang paling menarik yang  dibaca penulis minggu ini adalah satu keratan akhbar yang dimuatnaik  oleh Timbalan Ketua Pemuda Pas (sahabat penulis di facebook) mengenai  gambar Timbalan Perdana Menteri,Tan Sri Muhyiddin Yassin mengimamkan  solat Maghrib di Masjid Darul Na'aim Petra Jaya Sarawak.
![]()  | 
| Kredit pada Ust.Azman Shapawi | 
Perkara  ini dilaporkan oleh kebanyakan media utama dalam bentuk sisipan berita  ringkas,di mana penulis berita tersebut beranggapan bahawa penduduk  Petra Jaya beruntung kerana dapat berimamkan seorang pemimpin tertinggi  negara.Dalam hal ini,penulis tidak mahu berpolitik.Syabas diucapkan atas  kemampuan Muhyiddin yang kelihatannya mahu membawa imej yang lebih  Islamik dan bersifat kemelayuan berbanding Najib.
Mengenai  kefakihan beliau dalam beragama,penulis merasa tidak hairan sekiranya  beliau arif dalam agama memandangkan almarhum bapanya dahulu adalah  seorang ustaz yang cukup dikenali di Johor pada suatu masa  dahulu.Cumanya,diharapkan selepas ini segala kefahaman agama yang ada  pada diri beliau digunakan untuk melaksanakan segala perintah Allah  dalam pemerintahan di Malaysia ini.
Mengapa  penulis cuba untuk menghighlightkan perkara ini?Hal ini kerana jarang  kita melihat seorang pemimpin tertinggi Umno menjadi Imam dalam  solat,kecualilah para ustaz-ustaz Umno.Seingat penulis (yang  diketahui),pemimpin Umno yang pernah menjadi Imam sebelum ini hanyalah  Pak Lah ketika dia baru menaiki tangga Perdana Menteri suatu masa  dahulu.
Untuk rekod  juga,Muhyiddin bukanlah kali pertama menjadi Imam,malah pernah  dilaporkan beberapa kali dalam akhbar harian dalam beberapa siri  pilihanraya yang lepas.Kali terakhir adalah ketika mengimamkan solat  Isyak di Masjid Kuala Tekal ketika PRK Kerdau baru-baru ini.
Itu  cerita pasal solat.Seterusnya pula,penulis ingin menceritakan kepada  anda tentang satu kenyataan ala samseng daripada calon PBB bagi Dun N38  Jemoreng,Abu Seman Jahwie dalam sebuah akhbar harian tempatan,Utusan  Sarawak.Daripada facebook Ketua Pemuda Pas,Ustaz Nasrudin Hassan,beliau  telah memuatnaik sekeping keratan akhbar Sarawak itu yang bertulis  "Lawan BN Umpama Menempah Maut-Abu Seman".
Pernyataan  Abu Seman itu bagi penulis adalah satu kenyataan sombong ala samseng  yang tidak sepatutnya keluar dalam sebuah negara yang kononnya  mengamalkan demokrasi seperti di Malaysia.Mengapa penulis menganggap  perkara ini seperti samseng?Adakah anda pernah berjumpa atau kenal  dengan mana-mana samseng?Atau menonton filem misalnya.
Pastinya  bos samseng dalam filem itu akan berkata,"kalau kau nak cari  nahas,beranilah datang ke tempat aku!".Dan kata-kata samseng itu cuba  dilembutkan oleh calon PBB tetapi dengan menggunakan ayat yang lebih  teratur,namun tetap membawa maksud yang sama.Walaubagaimanapun,kepada  Pakatan Rakyat diharap dapat berhati-hati dengan amaran jahat  sebegitu,dibimbangi akan terdapat agenda salah guna kuasa bagi memberi  "maut" kepada Pakatan di Jemoreng dan Sarawak umumnya.
Sebagai  sisipan,taktik kotor yang bodoh telahpun dibuat oleh petugas Barisan  Nasional dengan menaikkan satu bunting yang bertulis "Ini Kampung  BN,Pembangkang Tidak Boleh Masuk!!!"
Dan  berita terakhir yang menarik perhatian penulis adalah satu laporan yang  dikeluarkan oleh The Borneo Post mengenai tajuk berita "Dia Isteri Saya  Yang Sah : Dr Chan".
Ketika  ditemui pemberita pada Selasa,Presiden SUPP Dr.George Chan Hong Nam itu  memberitahu pemberita bahawa hubungan beliau dengan seorang Datuk Lorna  Enan Muloon adalah pasangan suami isteri yang sah.
Dan  perkahwinan itu bukanlah baru,tetapi sudahpun bertahun-tahun yang  lalu!Malah,anak-anaknya sendiri tidak tahu menahu mengenai perkahwinan  tersebut.Menurut Chan kononnya,tindakan beliau merahsiakan perkahwinan  itu adalah demi menjaga perasaan anak-anak dan keluarga terdekatnya.
Wah,nampaknya pemimpin BN Sarawak ini suka kahwin muda-muda ya!
Dan  satu,perkara untuk penegasan penulis,adalah tidak salah  berkahwin,tetapi mengapa perlu berahsia?Kan sudah timbul syak  wasangka.Apabila pembangkang mempersoal,dituduhnya pula sebagai  menyerang peribadi.Apa punya turrr la...




