Dengan portal berita, termasuk Malaysiakini dan Sarawak Report,   yang telah menerbitkan laporan kritikal mengenai ketua menteri, Tan  Sri  Abdul Taib Mahmud, tidak dapat diakses akibat serangan siber,  rangkaian  televisyen telah diarahkan jangan menyiarkan rali dan  ceramah-ceramah  Pakatan Rakyat.Sumber yang rapat dengan gergasi media yang dikaitkan dengan Umno itu - Media Prima - memberitahu Malaysiakini bahawa semua rangkaian televisyen miliknya telah diarahkan supaya tidak menyiarkan ceramah harian Pakatan yang berjaya menarik kehadiran ribuan orang.
“Visual rali mega tidak sama sekali boleh disiarkan meskipun ia berkaitan dengan pilihan raya,” kata sumber dalaman itu.Media Prima memiliki semua rangkaian televisyen swasta percuma di negara ini -TV3, ntv7, 8TV and TV9.
Selain televisyen, akhbar Cina juga diberi tekanan selepas BN dikatakan mungkin tumbang di beberapa kawasan yang mempunyai pengundi majoriti masyarakat Cina.
“Walaupun   belum diberi arahan, kita mesti berhati-hati dengan laporan berita.   Saya tidak fikir, kita mampu lagi memberi liputan pada ratio 60:40 bagi   BN dan Pakatan, kita sekarang terpaksa menukarnya kepada 70:30,” kata   seorang editor akhbar harian Cina.“Sejak dua atau tiga lalu, liputan ke  atas kami telah berkurangan dengan begitu ketara sekali,” kata seorang  pekerja kempen DAP.