Filem   yang berkisar mengenai ajaran sesat Abu Ya itu membariskan para  pelakon  antaranya Faizal Hussein, Jue Aziz, Iqbal Mazlan, Khir Mohd.  Nor, Adrea  Abdullah, Yus (Raja Lawak) dan Suhaillah Salam.Ia   menceritakan bagaimana Abu Zakaria yang memakai gelaran Abu Ya  (lakonan  Faizal Hussein) mencari pengaruh dengan menyesatkan penduduk  kampung  melalui ajarannya selain menggalakkan hubungan seks tanpa  kawalan kepada  setiap pengikut ajaran itu.
Amran   berkata orang ramai mungkin menganggap filem tersebut sebagai tidak   bermoral tetapi ia sebenarnya mempunyai mesej untuk mengelakkan   ketaksuban melampau seseorang terhadap pemimpin mereka.
Tambahnya,   filem itu juga memperlihatkan bagaimana seorang wanita itu sanggup   melakukan apa sahaja untuk menuntut haknya daripada suami terutamanya   mengenai nafkah batin.

Mengenai   desas-desus kononnya filem tersebut diharamkan penyiarannya berikutan   adegan melampau yang ditampilkan, ujar Imran pihaknya sudah mendapat   kelulusan daripada Lembaga Penapisan Filem Malaysia (LPFM) pada 13 April   lalu.
Filem   terbitan Million Euphoria Sdn Bhd tersebut dijangka ditayangkan pada   November tahun ini berikutan kegagalan pihaknya menerima kelulusan   Syarat Wajib Tayang akibat senarai filem yang terlalu banyak menunggu   giliran..