Mudah-mudahan mereka bertiga dilaknati.... amin 
Kuala Lumpur, Tan Sri Rahim Thamby Chik, Dato Syazhril Eskay dan Dato  Shuib (Trio T) akan mengadakan Satu sidang media hari ini jam 3.00  petang bertempat di Hotel Impiana jalan Pinang Kuala Lumpur
Sidang media yang akan di adakan ini di jangkakan panas dengan beberapa  kenyataan dan juga ulasan mengenai Video Seks yang tersebar semalam yang  di kaitkan dengan Pemimpin Pakatan Rakyat Dato Seri Anwar Ibrahim. 
Dalam pada itu Trio 'Datuk T' dijangka melakukan sumpah laknat berhubung  isu rakaman video seks yang didakwa membabitkan individu mirip Ketua  Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dengan seorang wanita dipercayai  warga asing, esok. 
Bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Rahim Thamby Chik; ahli perniagaan,  Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan bekas Bendahari Pertubuhan Pribumi  Perkasa Malaysia (PERKASA) Datuk Shuib Lazim dijangka berbuat demikian  di Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Jalan Duta dekat sini.
Sumpah laknat terbabit akan diadakan selepas solat Jumaat yang bakal dihadiri lebih 2,000 orang termasuk jemaah.
