Macam  dok kata dah, bukan satu konspirasi nak busukkan Anwar ka lagu ni. Ni  ha, satu lagi klip video lucah Datuk T disebarkan di Internet menerusi  Youtube. Menampakkan pada ramai bahawa kempen untuk menfitnahkan Ketua  Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim diperhebatkan.

Video  1 minit 46 saat itu yang berjudul 'Papa Nurul Izzah Part II' dimuat  naik di Youtube sejak jam 1.30 tengahari tadi dan telah pun dimuatkan di  pelbagai blog pro-Umno dengan komen-komen menjijikan blogger berkenaan.
Bila  kita kata polis dan gandingan Datuk T bersekonggol memuatkan video itu  di Internet, ada orang marah marah. Tapi, video nih kabarnya ada satu  copy saja, dah tu ditangan Polis pulak lagi. Macamana boleh terlepas ke  laman Youtube?
Perkara  ini tidak sepatutnya berlaku kerana pihak polis masih belum lagi  menyelesaikan siasatan mereka. Bahagian pertama video lucah itu  dimuat-naik pada 4 April lalu menunjukkan babak awal sebelum perlakuan  seks dimulakan. Bahagian kedua video ini pula menunjukkan bahagian  akhir.
Gadingan 'Datuk T” iaitu Tan Sri Rahim  Thamby Chik, Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan Datuk Shuib Lazim mendakwa  mereka mendedahkan pelaku dalam video itu sebagai Anwar kononnya kerana  “mahu menyelamatkan negara”. Maka, akan selamatkah negara kita  sekiranya negara kita dipenuhi oleh politikus sebusuk ini?
Seorang  bekas pengawal Allahyarham Tan Sri Megat Junid Megat Ayob mendedahkan  Eskay mengugut untuk “membinasakan” kerana enggan membantunya berhubung  sebuah kes saman. Rahim pula didedahkan sebagai menyimpan dendam  terhadap Anwar kerana terpaksa meletak jawatan sebagai Ketua Menteri  Melaka pada tahun 1994 bersabit dakwaan merogol seorang pelajar berusia  15 tahun.


