Ketua  umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir di balai polis Dang  Wangi,  Kuala Lumpur bagi membuat laporan polis berhubung pita video seks  yang  dipertontonkan kepada media, semalam.
Beliau   diiringi tidak kurang 30 penyokongnya dan ditemani isterinya, Datin   Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang juga presiden PKR, tiba pada jam   10.45 pagi.
Anwar, pada sidang media petang semalam, menafikan lelaki yang mirip wajahnya dalam video 17 minit yang dipaparkan melakukan hubungan seks dengan seorang gadis di sebuah hotel yang tidak dikenali, adalah dirinya.
Hadir sama, ahli parlimen dan pemimpin PKR lain seperti R Sivarasa, Tian Chua dan M Manikavasagam, setiausaha PAS Perak, Datuk Seri Nizar Jamaluddin, naib presiden PKR N Surendran dan ketua pemuda PKR, Shamsul Iskandar Md Akin.
Anwar   kemudian masuk ke balai polis dengan ditemani Surendran, ketua biro   undang-undang PKR, Latheefa Koya dan peguam Fadiah Nadwa Fikri.
Penyokongnya yang menanti di luar membawa dua sepandulkyang melabelkan video berkenaan sebagai 'Fitnah II++' dan tertera perkataan 'bangun wahai rakyat... bangun demi keadilan'.
Di samping itu mereka juga melaungkan “Reformasi” dan “Hancur BN”.MalaysiaKini
Beliau   diiringi tidak kurang 30 penyokongnya dan ditemani isterinya, Datin   Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang juga presiden PKR, tiba pada jam   10.45 pagi.Anwar, pada sidang media petang semalam, menafikan lelaki yang mirip wajahnya dalam video 17 minit yang dipaparkan melakukan hubungan seks dengan seorang gadis di sebuah hotel yang tidak dikenali, adalah dirinya.
Hadir sama, ahli parlimen dan pemimpin PKR lain seperti R Sivarasa, Tian Chua dan M Manikavasagam, setiausaha PAS Perak, Datuk Seri Nizar Jamaluddin, naib presiden PKR N Surendran dan ketua pemuda PKR, Shamsul Iskandar Md Akin.
Anwar   kemudian masuk ke balai polis dengan ditemani Surendran, ketua biro   undang-undang PKR, Latheefa Koya dan peguam Fadiah Nadwa Fikri.Penyokongnya yang menanti di luar membawa dua sepandulkyang melabelkan video berkenaan sebagai 'Fitnah II++' dan tertera perkataan 'bangun wahai rakyat... bangun demi keadilan'.
Di samping itu mereka juga melaungkan “Reformasi” dan “Hancur BN”.MalaysiaKini
