
KUCHING   12 MAC : Pemilihan pemimpin tidak seharusnya dilihat dari sudut   perkauman tetapi aspek yang penting perlu diambil kira adalah daripada   segi kebolehan memimpin negara dan sekaligus memberi manfaat kepada   rakyat jelata.
Demikian kata, Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam Konvensyen PKR di Sarawak, hari ini.
"Isunya  bukan Cina, India, Melayu,  Melanau, Iban atau Bidayuh, isu dia,  melantik orang yang berwibawa yang  tidak curi wang rakyat," katanya.
Tambahnya  lagi, tugas seorang pemimpin  bukan hanya pandai mengumpul kekayaan  untuk diri sendiri dan keluarga  sahaja dengan cara membolot duit rakyat  dengan rakus yang pentinag  adalah melaksanakan agenda membela rakyat.
"Jadi  isunya bukan isu kaum, isunya  adalah mempastikan wakil tersebut pegang  prinsip yang sama iaitu pegang  amanah, bukan untuk memperkayakan diri,  isteri dan anak-anak tapi untuk  bela nasib rakyat semua kaum di negeri  ini," katanya.
Anwar berkata Lim  Guan Eng sebagai Ketua  Menteri Pulau Pinang berjaya meletakkan negeri  itu salah satu  penyumbang pelaburan tertinggi di Malaysia membuktikan  keupayaan  pimpinan Pakatan Rakyat membela rakyat.
"Sebab  itu masih dia (Lim Guan Eng)  ambil alih Pulau Pinang itu defisit,  kerugian negeri tu dari segi  pendapatan sejumlah RM1 billion , dua  tahun dia urus Pulau Pinang,  pendapatan hasil Pulau Pinang ada lebihan  RM2 billion ringgit," katanya.
Tambahnya  lagi, sebuah lagi negeri di  bawah pimpinan Pakatan Rakyat iaitu  Selangor, kira-kira RM 700 juta  telah diperuntukkan kepada rakyat  negeri terbabit dalam program-program  yang telah disediakan, tetapi  masih lagi mempunyai lebihan pendapatan.
"Di  Selangor macam mana boleh buat? dan  pendapatan bertambah, jumlah yang  curah pada rakyat ni ratus juta  ringgit, setakat sekarang ini kira-kira  berjumlah RM 700 juta (dalam  program TAWAS, SMUE, MES, dan lain-lain)  tapi pendapatan bertambah,  lebihan masih ada, pelaburan asing unggul di  Malaysia masih Pulau Pinang  dan Selangor," katanya.
Konvensyen itu mensasarkan kurang 300 anggota, tetapi mengagumkan apabila dihadiri melebihi 500 orang.
Turut serta dalam konvensyen itu, Ahli Parlimen Kuching, Chong Chien Jen dan puluhan pimpinan pakatan negeri dan pusat.