Sabtu, 13 Februari 2010

Pengedaran Surat Fitnah Liwat II Anwar Ibrahim

Terima kasih daun keladi, nak tambah dosa hantarlah lagi !!

Dalam ruangan hari ini ana nak ucapkan berbanyak terima kasih kepada sahabat dari belah sana ana rasa yang mengambil inisiatif menghantar surat berbentuk fitnah kedalam post box dan menghabiskan begitu banyak cd dan stem untuk pos surat dari pusat mel Alor Setar saban hari berhubung dengan kes sodomi 2 dan krisis Perak yang khabarnya tidak dapat diterima oleh lebih 80 % rakyat Perak sendiri.

Ana memang cukup faham dengan kegelisahan puak ini dan mempertikaikan kenapa DSAI tak mahu bersumpah menafikan dia men'sodomi' Si pemuda Saiful ini. Dengan bangga mereka menyatakan bahawa yang benar adalah yang berani bersumpah, yang tak berani bersumpah adalah yang tak benar, maknanya Saiful benar mengaku dia di sodomi dan DSAI tak berani bersumpah bermakna ianya benar men'sodomi' Saiful. Satu analalogi yang tak berpijak kepada nas dan juga hukum.

Didalam Islam wahai sahabat yang menulis surat fitnah ooi, bukti hendaklah dikemukakan oleh sipenuduh dan bukan oleh orang yang mempertahankan diri (yang kena tuduh). Dalam hal ini si Saiful kenalah bawa bukti yakni empat orang saksi yang melihat apa yang berlaku tersebut macam dengan batang celak masuk dalam lubang ibu celak, kalau tak mampu dia jangan buat tuduhan dan kalau buat tuduhan juga maka kenalah dia dibawa kemuka pengadilan melalui hukum qazaf pula, yakni membuat tuduhan tanpa empat saksi boleh dikenakan hukuman 80 sebatan dan persaksian beliau tidak boleh diterima selama-lamanya , dan Allah menempelak mereka sebagai orang yang fasik melainkan bertaubat dan kembali an ber’islah ‘.

4. Dan orang-orang yang menuduh wanita-wanita yang baik-baik (berbuat zina) dan mereka tidak mendatangkan empat orang saksi, maka deralah mereka (yang menuduh itu) delapan puluh kali dera, dan janganlah kamu terima kesaksian mereka buat selama-lamanya. Dan mereka itulah orang-orang yang fasik.

Dalam hal ini ana sungguh hairan bila sahabat ana di Maahad Mahmud dulu yang mengaji ugama lebih daripada ana yang duduk dibawah dagu DS Najib sekarang membuat permohonan agar permohonan Qazaf yang termaktub dalam surah Annur ni ditolak oleh mahkamah syariah, sepatutnya beliaulah menjadi contoh dan teladan bahawasanya hukum Alquran ini kita mulakan dengan Qazaf ini dahulu lepas tu diikuti dengan hudud pula . Agaknya ada yang rasa panas punggung kut, maklumlah daripada mula lagi rakyat dah nampak banyak percanggahan fakta yang berlaku dalam pertuduhan sodomi 2 ini.

Daripada cerita dia jumpa TPM nak mohon biasiswa tapi selepas kena pecat dari U kerana tak lulus, lepas tu dua hari kena sodomi baru pi periksa doktor setelah tahan berak 2 hari pula tu, kawan tanya ana lepas kena tu tak mandi wajib ke , kerana kalau ada ‘dukhul ‘macam dalam cerita dia tu kena la mandi wajib, cuci bersih-bersih. Lepas tu kata kena paksa, tapi dalam laporan kata 8 hingga 9 kali, kalau dah banyak kali kena paksa pa namanya. Lepas Nampak pula gambar di pi pula ke pejabat DSAI buat kopi kepada peserta meeting pada 27 hb , padahal kena paksa pada 26 hb. Sukar sikit rakyat nak percaya macam sukarnya nak percaya logic akal apa yang berlaku keputusan di Perak. Mengaku sokong tanpa ada apa-apa petunjuk ke, undi tak percaya ke, terus dapat kuasa jadi MB. Lepas ni kena ambil kaedah yang sama kepada PM kita, baru dia tau kot .

Bercakap pasal bersumpah ni, rasanya Abdullah bin Ubai dizaman Rasulullah saw pun boleh kata setiap hari bersumpah dengan nama Allah walaupun dia bukan Islam pun.
Dalam surah Munafiquun Allah menempelak mereka yang suka bersumpah ini menjadikan sumpah mereka sebagai perisai didalam menafikan sesuatu perkara dan itulah sifat-sifat golongan munafiqun.

2. Mereka itu menjadikan sumpah mereka sebagai perisai, lalu mereka menghalangi (manusia) dari jalan Allah. Sesungguhnya amat buruklah apa yang telah mereka kerjakan.

Harapan mereka dengan bersumpah maka jalan yang dikehendaki Allah yakni membawa 4 orang saksi tak perlu lagi dan harapan orang terus percaya dengan sumpah mereka itu.

Sekali lagi terima kasih kepada golongan desperado ini yang menghabiskan wang membuat sebaran fitnah yang tiada alamat dimana dicetak dan mengepos sehingga rasanya sudah beribu wang habis untuk kerja fitnah kali kedua ini , apakah mereka menyangka Allah tidak akan bertanya kemana wang mereka dipergunakan untuk kerja fitnah ini?.

Walaupun didunia yang serba fana ini mereka terlepas, tetapi diakhirat besok ingatlah azab api allah yang maha panas membakar dan igantikan semula dengan kulit yang lain lalu dibakar lagi dan angatlah bahawa fitnah itu lebih dahsyat daripada membunuh.

Ana menjadikan kertas sebaran mereka ini sebagai kertas pembakar sampah dikebun ana dan berharap kirimlah lagi kertas tersebut kerana banyak lagi longgokan sampah yang ana nak bakar ni, terutama dalam musim kering ni, mudah sikit nak dilupuskan.

Nukilan YB Dr Mohd Hayati
Kedahlanie

Khamis, 11 Februari 2010

TUDUHAN LIWAT SAIFUL TERHADAP ANWAR

FAKTA PENDEK

SAC Rodzan Mohd Yusuf (sekarang ketua Polis Melaka)lah merekacipta bukti meletakkan DNA ke tilam di usung ke Mahkamah bicara 1998 dan bukti itu tidak dapat dipakai hingga Hakim Augustine Paul membuang bukti.

Sebelum Saiful membuat laporan polis pada 28hb June, 2008 dihospital HKL, Saiful ada berjumpa Najib (sebelumnya Najib tidak mengaku/akhirnya mengaku) atas alasan Saiful mahu minta biasiswa. Lojikkah?

Dan sebelum itu juga Saiful ada berjumpa SAC Rodzan Mohd Yusuf di kamar 619, Hotel Concorede, Kuala Lumpur dan akibat pertemuan itu Saiful membuat laporan polis pada 28hb Jun, 2008. Apakah bukan rancangan komplot?

Fikirlah apa yang dibincangkan lewat pertemuan itu? Dan kenapa laporan di polis diadakan setelah itu? Bukankah bermakna ada konpirasi/tujuan jahat?

Saiful konon diliwat 26hb di Kondominium satu kali, tetapi laporan di polis konon dia diserang 8-9 kali sepanjang dua bulan. Mana satu yang betul? Sekali atau 8 atau 9 kali? dan masa diliwat sekali/esoknya Saiful datang pula ke pejabat macam biasa. Hairan!

Saiful pernah mengadu kepada Dr Osman di PUSRAWI konon sakit dalam lobang, Dr. Osman telah membuat pemeriksaan menggunakan Protoskop dan Dr. membuat kenyataan tidak ada tanda-tanda penembusan. Lalu bagaimana? Dr. Osman hilang entah ke mana.

Dan kemudian dia ke HKL diperiksa oleh 3 orang pakar/pun ketiga doktor telah menyatakan tidak ada rumusan hasil pemeriksaan Klinikal yang dengan pasti dapat mencadang penembusan ke dalam dubur dan itu menguatkan kenyataan Dr. osman tadi.

Ingat dulu SUKMA diseksa secara mental untuk mengaku diliwat oleh Anwar/pun ketika itu Dr, Zahari noor mengakui tidak ada penembusan lobang dubur Sukma dan laporan itu tidak dilapor disaat Sukma dipaksa mengaku bersalah diliwat.

Penangkapan Dr. Munawar juga sama diseksa buat pengakuan palsu dan kes itu diulang bicara dan jangan lupa Mat Zain(pegawai penyiasat melalui surat kepada SPRM bertarikh 15 April) pernah mendedahkan yang Gani Patail dan Musa Hassan yang mencipta bukti palsu kes mata lebam Anwar dan mereka juga yang merancang semua hal.

Gani petail juga terlibat mengancam Nallakarupan hukum bunuh untuk mendapatkan bukti palsu dalam akuan bersumpah/Manjeet Singh Dillon dan ketika itu penguambela Anwar/Zainur Zakaria dihukum 3 bulan penjara kerana dikata menghina mahkamah. Apa tujuan menghukum Zainur?, sedang pegguyam kerajaan juga menghina ketika itu tetapi tidak diambil tindakan. bagaimana itu?

Adakah kamu melihat wajah Saiful seperti orang dirogol? Alias truma dan rasa malu? Tidak, tetapi dia kelihatannya gagah seperti seorang Perdana Menteri sambil duduk di belakang kereta mewah kerana dia yakin ada kerajaan memuliakan dia kerana terlibat membantu kerajaan untuk memenjara seorang Anwar. Fikirlah!

Rabu, 10 Februari 2010

AMBER CHIA SEPARUH BOGEL

bnm

mn

nb



Poster Amber, seorang model terkenal Malaysia kelahiran Ipoh, Perak, dengan tubuhnya seperti berbogel (namun memakai bra dan G-String) tetapi dihiasi dengan lukisan belang seperti harimau dipamerkan semalam.

Aksi terbaru Amber 28, yang berlakon seperti seekor harimau terkurung di dalam kandang itu merupakan poster kempen terbaru pertubuhan hak asasi haiwan, Layanan Beretika Untuk Haiwan (PETA) Asia Pasifik.

Menurut satu kenyataan PETA Asia Pasifik, dengan bergambar di dalam sebuah kurungan, badannya yang bagaikan berbogel itu dilukis dengan belang harimau dan beraksi dekat ayat yang mengandungi mesej: 'Biarkan Haiwan Liar Bebas.'

Kenyataan itu menyatakan poster tersebut merupakan iklan yang dibuat bagi meraikan Tahun Baru Cina yang jatuh pada Tahun Harimau pada bulan ini.

Poster itu dirakamkan oleh jurugambar Aaron Lee dari Studio Myth, kata kenyataan tersebut.

Kalau tengok kepada latarbelakang Amber, selepas kontroversi memperagakan tubuh dalam majalah Playboy dua tahun lalu, dia kemudiannya muncul melalui aksi panas terkini dalam sebuah majalah hiburan di Taiwan, baru-baru ini.

Model yang juga pelakon filem itu didakwa memeranjatkan rakyat Malaysia berikutan tampil tanpa memakai coli selain mempamerkan pelbagai aksi mengghairahkan dan berani. Penyebaran gambar terbaru model kelahiran Sabah, melalui majalah berkenaan mencetuskan kejutan terbaru berikutan gambar tubuh tinggi lampai bekas juara Pencarian Peragawati Antarabangsa Guess 2004 itu disifatkan berunsur erotik.

Namun berdasar maklumat mendapati, pelbagai gambar seksi model berkenaan dicetak dan diterbitkan sebuah majalah hiburan ‘China Times Weekly’ yang berpusat di Taiwan untuk pasaran negara berkenaan. Majalah yang diterbitkan bertarikh 30 Mei lalu di negara berkenaan dikatakan kini turut tersebar meluas di Malaysia sehingga menimbulkan tanda tanya masyarakat berikutan ia turut memasuki pasaran tempatan.

Gambar yang disertai artikel berhubung model terkemuka itu mula menjadi buah mulut sehingga menyebabkan orang ramai memburunya untuk melihat tubuh artis itu dari dekat.

Bagaimanapun difahamkan gambar ‘panas’ Amber itu sebaliknya digunakan bagi tujuan promosi selepas artis terbabit dipilih sebagai model bagi sebuah pusat beli-belah terkemuka di negara berkenaan. Berdasarkan artikel dalam majalah berkenaan, Amber menyatakan keinginannya melebarkan sayap kariernya ke negara berkenaan.

Malah gambar itu kini dijadikan hiasan pada papan tanda iklan di negara terbabit untuk tujuan mempromosikan jualan dan imej pusat beli-belah berkenaan. Melalui artikel disiarkan, Amber menyatakan aksi panas itu tidak mungkin boleh diterbitkan di Malaysia berikutan negara kelahirannya mempunyai peruntukan undang-undang yang ketat.

Berdasarkan gambar disiarkan, Amber hanya memakai seluar dalam hitam dan jeans biru tanpa coli. Malah gambarnya itu turut digunakan pada kulit muka hadapan majalah berkenaan yang diterbitkan setiap minggu.

Model Malaysia terbabit sebelum ini pernah muncul dalam edisi sulung majalah Playboy versi Indonesia pada 7 April 2006 yang menimbulkan bantahan penduduk negara itu sebelum ia mula dipasarkan kepada umum.

Amber ketika itu muncul dalam ruangan ‘Celebrity’ sebanyak lapan muka. Gambar pertama memaparkan dia dengan skirt mini, baju dalam berenda oren dan baju putih. Gambar seterusnya menunjukkan dia memakai jeans denim low-cut dan baju dalam hitam bermanik.

Duta Guess yang juga Model Terbaik Wanita Malaysia itu kelihatan seksi dan mengghairahkan berbeza dengan pertama kali kemunculannya di khalayak. Dengan tajuk Hardworker Amber, majalah itu menyifatkan wanita itu sebagai segar, cantik dan seksi.

Amber yang pernah menjadi duta produk Guess Watches, Stila, Whisper (P&G) dan L’Orea pernah mengeluarkan kenyataan awal tahun ini kepada media, dia sudah mengikat kontrak dua tahun sebagai model di Taiwan.