
SHAH ALAM 22 Dis. : Dokumen yang dijadikan perisai oleh Kerajaan Umno-BN mempertahankan hubungannya dengan Apco Worldwide hari ini hanyalah surat-surat penafian menafikan dakwaan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ahli  Parlimen Batu  Tian Chua berkata  dokumen yang ditunjukkan Menteri di  Jabatan Perdana  Menteri Nazri Aziz  tidak menafikan kesahihan kontrak  antara Apco dan  rejim Tel Aviv,  mahupun Apco dan Kerajaan Malaysia.
Tian   Chua berkata dokumen yang dihalang  dari dibawa ke Jawatankuasa Hak  dan  Kebebasan Parlimen menampulkan  butiran projek dan perkhidmatanyang   Apco tawarkan kepada rejim Zionis  Israel.
Mengapa Umno mengajak firma perunding berkaitan Zionis untuk menasihati kerajaan Malaysia mengundang seribu persoalan.
"Kita   tunjuk dokumen yang mengandungi  kontrak diantara Israel dengan Apco,   kita juga tunjukkan dokumen ada  pelbagai projek yang telah, di mana   Apco memberi perkhidmatan kepada  Israel dalam pelbagai bidang termasuk   keselamatan," katanya.
Nazri  hari  ini mengemukakan dua dokumen  yang menurutnya menyanggah dakwaan  Ketua  Pembangkang Anwar Ibrahim  bahawa Apco terbabit dalam konsep 1  Israel.
Kerajaan   Malaysia juga berjaya  mendapatkan bantuan penggubal konsep 1 Israel,   Robert Shrum, untuk  mengeluarkan kenyataan notari berkanun menafikan   dakwaan Anwar itu.
"So  inilah  bukti yang kita tunjuk tapi  APCO hanya tulis satu surat  penafian, apa  gunanya penafian, kita dah  tunjuk ada perjanjian so  kalau perjanjian  itu palsu, dedahkanlah kata  perjanjian itu palsu tapi  sehingga sekarang  Apco gagal menunjukkan  bahawa apa yang kita  kemukakan adalah kontrak  yang palsu," katanya lagi.