Hacker yang ditakuti masa kini

Ini  lah dia mamat pengasas WikiLeaks, Julian Assange. Nama nya tiba tiba  menjadi sebutan selepas webnya itu berjaya membongkar hampir 90,000  dokumen-dokumen rahsia tentera berkaitan peperangan di Afganistan.
Antara pembongkaran terkini adalah beberapa bukti termasuk,
- Beberapa Insiden pembunuhan rakyat Afghanistan oleh tentera Amerika;
- Keujudan Unit Rahsia tentera Amerika bertanggung-jawab menangkap ketua-ketua tertinggi Al Qaeda dan Taliban.
- dan banyak lagi...
Mamat ni lahir di utara AUstralia pad atahun 1971 dan hidup berpindah randah ketika kanak kanak. 
Dia menjadi 'hacker' pada awal keujudan internet dan kemudian menceroboh masuk jaringan kerajaan dan bank. DIa di tahan pada tahun 1991 dengan 30 lebih pertuduhan. Menghadapi hukuman 10 tahun penjara sebelum keluar dengan rayuan.
Dia di tangkap lagi semalam. DI katakan terlibat dengan kes rogol.
Selat Melaka dalam senarai terbaru WikiLeaks

GAMBAR menunjukkan beberapa buah kapal di Selat Melaka berhampiran Singapura pada 23 Mac 2008.
WASHINGTON  - Laman web WikiLeaks semalam mendedahkan satu senarai rahsia  Washington mengenai lokasi-lokasi infrastruktur di seluruh dunia yang  boleh mengancam keselamatan Amerika Syarikat (AS) sekiranya diserang  pengganas.
Semua  prasarana itu melibatkan sejumlah kabel dasar laut, pos komunikasi,  pelabuhan, sumber galian firma strategik, laluan perkapalan dan lombong  di negara-negara bermula dari Britain hingga ke New Zealand dan  merentasi rantau Afrika, Asia Barat serta China.
Senarai  itu bermula dengan sebuah janakuasa hidroelektrik di Quebec, Kanada  yang dianggap sumber kuasa utama rantau timur laut AS manakala sebuah  kilang Siemens di Jerman penting kerana menjadi pembekal bahan kimia  utama bagi AS.
Turut  dianggap penting oleh Washington dalam senarai WikiLeaks itu termasuk  beberapa kilang vaksin penyakit cacar dan anjing gila di Eropah, sebuah  kilang penawar bagi bisa ular di Itali dan sebuah firma Jerman yang  menghasilkan produk rawatan untuk keracunan plutonium.
Selain  itu, AS mengawasi kabel bawah laut, sistem satelit dan loji pertahanan  di Britain yang dianggap boleh mempengaruhi keselamatan negara kuasa  besar itu sekiranya ia diserang.
Tidak  ketinggalan dalam senarai berkenaan adalah beberapa lombong kobalt di  Congo, transformer elektrik besar Hitachi di Korea Selatan di samping  laluan perkapalan utama dunia seperti Selat Melaka dan Selat Gibraltar.
Pentadbiran  AS menyifatkan Persimpangan Paip Gas Nadym di Rusia yang merupakan  kemudahan gas paling utama di dunia dan Pusat Industri Ras Laffan di  Qatar sebagai kritikal dan tidak boleh dibiarkan jatuh ke tangan  pengganas.
Menjelang 2012, Qatar merupakan import terbesar gas petroleum cecair AS.
Pendedahan  terbaru itu dijangka meningkatkan lagi tekanan politik ke atas  WikiLeaks dan pengasasnya yang berusia 39 tahun, Julian Assange.
Pada  Jumaat lepas, Assange mengumumkan di Internet bahawa dia telah  meningkatkan kawalan keselamatan dirinya selepas menerima beberapa  ugutan bunuh.