Khir Toyol Dah Jadi Jembalang: Senarai Penuh Rasuah Beliau
- Mengarahkan  pembelian kereta  Mercedes  S350 bernilai RM1 juta dengan menggunakan  dana anak syarikat  Selangor  (Kumpulan Darul  Ehsan)
 
- Membelanjakan  RM40 juta hanya untuk membuat 10  buah 'banglo' bagi penempatan ahli  Exco Kerajaan Negeri.
 
- Dokumen  berkaitan kejadian  pencerobohan Taman Pertanian  Bukit  Cahaya, Seri  Alam yang setelah  didedahkan di media Khir Toyo  sendiri  mencabar BPR  menyiasat namun  semuanya senyap dan ditutup.
 
- Dokumen  berkaitan  dakwaan kerajaan negeri yang menyatakan  Kerajaan  BN sebelum  ini telah  menghilangkan 'keuntungan' RM30  billion. Contoh  punca  kehilangan ialah  Canal City joint-venture  project yang  dianugerahkan  oleh Khir Toyo  melibatkan 810ha secara  'percuma' kepada  sebuah syarikat  swasta.          
 
- A  special investigative team which was set  up for the  purpose  would probe  how certain senior officers of the  corporation  were  holding 30% shares  in a subsidiary. This included a   investigation of  RM100,000 gift to  former Mentri Besar as a bonus. In   2007, the state  government only  collected RM17mil revenue from sand   mining instead of  the RM170mil which  it was supposed to get 
 
- Setelah  tiga hari  kejatuhan kuasa kerajaan negeri  Selangor ke atas  Pakatan  Rakyat, Zaharah  Kechik yang merupakan mantan  pengerusi Badan  Kebajikan  Isteri-isteri  Wakil Rakyat Selangor  (Balkis) memanggil  mesyuarat  tergempar Balkis  untuk membubarkannya  dan menutup akaunnya  sehari  kemudian. Wang  kira-kira RM9.9 juta milik  Balkis dilapor  dipindahkan ke  satu akaun  lain, sebelum sampai kepada  Badan Amal dan  Kebajikan Tenaga   Isteri-isteri Menteri (Bakti). 
 
- Percubaan   membubarkan Balkis melalui Pendaftar Pertubuhan  Malaysia  (ROS) pada 13   Mac bagaimanapun berjaya dihalang Menteri  Besar baru  Selangor, Tan Sri   Abdul Khalid Ibrahim. Tindakan Zaharah  Kechik itu  dikatakan tidak sah di   sisi undang-undang karena mengikut  perlembagaan  Balkis, badan itu   dipengerusikan oleh isteri Menteri  Besar kerajaan  semasa, di mana pada   hari mesyuarat tergempar  tersebut, beliau bukan  lagi isteri Menteri   Besar negeri Selangor. Isu  itu akan dibawa ke  dalam Dewan Undangan   Negeri pada mesyuarat yang  akan datang.
 
- Pembohongan   tentang Konsultansi Juruaudit, Zaharah Kechik  pernah  berkata bahawa   sebelum pemindahan dana RM9.9 juta Balkis  juruauditnya  pernah dirujuk.   Namun, pada 28 April 2008, Juruaudit  Balkis, Yee Choon  Kong & Co   menafikan firma itu pernah dirujuk  sebelum pemindahan  tersebut. Malah,   firma itu beberapa kali  menghubungi bendahari Balkis,  Suraimi Sapuan,   agar beliau menyerahkan  rekod-rekod kewangan seperti  penyata bank, buku   resit rasmi, baucer  pembayaran, dokumen sokongan,  resit deposit tetap,   minit mesyuarat,  butiran keahlian dan senarai  langganan untuk   membolehkannya mengaudit  kewangan tahunan Balkis bagi  tahun kewangan   berakhir 31 Disember  2007. Walau bagaimanapun,  panggilan telefon kepada   bendahari Balkis  tidak dijawab dan juruaudit  turut mengesahkan bahawa   penyata kewangan  Balkis masih kekal tanpa  audit dan ia juga tidak pernah   mengeluarkan  Laporan Audit yang sah  berhubung urusan kewangan Balkis   bagi tahun  berakhir 31 Disember 2007  kepada anggota-anggotanya.
 
- Meluluskan   projek pembina jalan merentasi bendang  termahal, di  Sekinchan, sejauh   20.5 km, bernilai RM92.5 juta kepada  kontraktor yang  hampir   disenaraihitamkan, Meram Holdings.
 
- Menurut taksiran   JKR, kos jalan itu tidak boleh melebihi  RM50  juta. Subkontraktor yang   menjalan semua projek berkenaan,  Cabaran  Wangsa, di miliki Pua Kim An,   27 tahun, tuan rumah yang  pernah disewa  oleh Khir, manakala seorang lagi   pengarah syarikat,  Ahmad Tarmizi  Tajjeury adalah kroni Khir yang juga   mendapat 100 ekar  tanah yang  memberi keuntungan minimum RM20 juta.
 
- Meluluskan   tanah 400 ekar di Shah Alam, pada 20 Disember  2000  kepada empat   syarikat berbeza (Layar Kekal/ Tirai Gemilang,  Samasys,  Usahasewa Sdn   Bhd), tetapi seorang nama pengarahnya (Samsuri  Rahmat)  hadir dalam semua   syarikat tersebut, iaitu seolah-olah Khir  meluluskan  tanah berpontensi   tinggi itu kepada seorang sahaja.
 
- Nilai tanah di   kawasan berkenaan boleh mencapai RM1 juta  untuk  satu ekar. Samsuri boleh   untung minimum RM300 juta dari tanah   tersebut.
 
- Meluluskan   tanah kepada kroninya secara berulang kali  dalam tempoh  masa singkat.   Daripada hanya dua mesyuarat Exco Kerajaan  Negeri yang  diambil secara   rawak, iaitu pada 20 Nov. 2000 dan 4  Julai 2001,  sekurang-kurangnya   empat nama bertindan yang mendapat 100  ekar setiap  orang, Ahmad Tarmizi   Tajjeury, A.Rahman Mokhtar,  Suzilawani Mustaphin  dan Ali Nordin. Semua   mereka ada hubungan, sama  ada dengan Khir  ataupun Setpol, Dr Karim   Mansor. Sebahagian tanah ini  telah dijual,  dan pemiliknya boleh mengaut   keuntungan RM200,000  seekar tanpa  mengeluarkan modal walaupun satu sen.
 
- Meluluskan   tanah seluas 50 ekar setiap seorang kepada  empat  pemohon yang hanya   baru berusia 20 tahun (Ahmad Azmir, Noor  Ashikin,  Mardhiah, Azril   Yusri).Salah seorang darinya adalah anak  pegawai  Daerah Kuala Langat, di   mana lokasi tanah itu dikesan.  Difahamkan  sebahagian anak-anak muda  ini  tidak tahu pun yang mereka  mendapat  tanah berkenaan kerana mereka  hanya  penama bagi pihak yang  rapat  dengan Khir. Mereka ini hanya  menjadi  pengarah syarikat, tidak  pun  sampai 40 hari sebelum Exco  meluluskan  permohonan mereka.  Beberapa  syarikat terbabit dikenal pasti  mempunyai  pemegang syer yang  sama,  yang terdiri dari dua wanita yang  ketika  permohonan diluluskan  baru  berumur 24 tahun.
 
- Bagaimana   Khir, pada bulan Mac 2001, hanya selepas 5  bulan menjadi  MB, boleh   membayar semua baki pinjaman rumahnya  sebanyak RM150,000  secara tunai   kepada BBMB Kajang. Kalaupun beliau  tidak membelanjakan  langsung elaun   MBnya, beliau tidak mampu membayar  semua pinjamannya  itu.Rumah itu juga   diubahsuai dengan kos yang  besar, ini belum lagi  dikira kos membina   rumahnya sekarang di Simpang  Lima, Tanjung karang,  yang menelan belanja   lebih RM300,000.
 
- Menggunakan kuasa dan pengaruhnya   sebagai Pengerusi PKNS  untuk  mendapatkan sebidang tapak banglo di Lot   14, Jalan 2/1G,  Seksyen 2  Tambahan, Bandar Baru Bangi dengan diskaun   hebat, 50%. Khir  berbohong  di Dun Selangor pada 31 Oktober 2001 apabila   mendakwa  beliau tidak  membeli tanah itu, kononnya kerana tidak mampu  dan  dia  juga menafikan  pernah menerima dua tawaran dari PKNS dengan  harga   yang berbeza-beza.  Salinan pembayarannya telah diperolehi.
 
- Khir   memberi sumbangan peribadinya, berbentuk telur ayam,  ayam dan   peralatan  sekolah kepada pengundi di kawasannya, di Sungai  Panjang  pada  25  Disember 2000. Nilainya hampir RM200 ribu. Apabila   dipersoalkan  dari  mana sumber kewangannya, beliau, melalui akhbar   Malay Mail pada 15   Januari 2001 mendakwa sumbangan ayam diperolehi   dari Lintang Bistari  Sdn  Bhd sebuah syarikat bumiputera yang menurut   Khir adalah syarikat   ternakan ayam terbesar di Sungai Panjang.   tinjauan menunjukkan bukan   ayam atau reban tidak ada di kawasan   berkenaan, malahan bulu dan tahi   ayam pun tiada.
 
- Pada 17-18 April 2001, meluluskan   kawasan kayu balak  Kompartment  78 Hutan Simpan Hulu Langat kepada Fungsi   Mewah Sdn. Bhd,  seluas lebih  1200 ekar. Fungsi Mewah dimiliki oleh Pua   Kim Seng,  adik Pua Kim An,  yang mana rumahnya bersebelahan rumah sewa   Khir di  Sekinchan dahulu.  Pua Kim An juga dikesan mendapat tanah 100   ekar di  Shah Alam. Keluarga  Pua ini menyumbangkan dana kewangan yang   besar  kepada Khir semasa  kempen pilihan raya 1999 dahulu.
 
- Projek   membekal dan memasang paip air besi keluli  MS1200mm, dari  Semenyih ke   Banting sejauh 37.3 km, bernilai  RM82,385,182.. Projek ini  terlalu  mahal  dari taksiran awal, yang  tidak boleh melebihi RM40  juta. Dan jika   sumber air diambil dari  Pekan Dengkil kemungkinan  jaraknya dapat   dipendekkan menjadi hanya 20  km dan ini lebih  menguntungkan. Ahli   keluarga terdekat Khir didakwa  mendapat imbuhan  berpuluh juta daripada   kontraktor LBH Engineering.
 
- Meluluskan konsesi   membekalkan peralatan paip air untuk  jabatan  Bekalan Air Selangor kepada   syarikat milik Naib Ketua Umno  Tanjong  Karang, JAKS Sdn Bhd. Harga  paip  JAKS 50% lebih tinggi  daripada harga  kilang. Bayangkan, untuk 1  meter  paip, harga JAKS  adalah RM900  sedangkan harga kilang hanya RM600.   Selangor mahu tukar  5,000 km  paip,jadi berapa untung JAKS?
 
- Meluluskan   kawasan balak di Kompatmen 78, Hutan Simpan  Hulu  Langat, seluas lebih   1,200 ekar kepada Fungsi Mewah, milik Pua  Kim  Seng, iaitu abang kepada   Pua Kim Seng, bekas tuan rumah yang  pernah  disewa Khir di Sekinchan.   Keluarga Pua ini juga mendapat  kontrak  membina jalan termahal (RM4.6   juta untuk 1km)merentasi sawah  padi  daripada Meram Holdings, kontraktor   yang hampir  disenarai-hitamkan.
 
- Khir membayar RM10,000   sebulan bagi tapak banglonya, di  Lot 14,  Jalan 2/1G, Seksyen 2  Tambahan,  Bandar Baru Bangi, yang  dibelinya  daripada PKNS dengan harga  diskaun 50  peratus. Sumber  pendapatannya  dipertikai kerana sebelum ini  beliau  membayar tunai  RM150,000 untuk  selesaikan pinjaman rumahnya di  Kajang,  selepas lima  bulan menjadi MB.
 
- Beliau  mengarahkan  Pengarah JKR Selangor, melalui nota  pensil  (agar dapat  dipadam jika  timbul kontroversi kelak), agar  menyerahkan  projek yang  membawa  keuntungan lumayan kepada kontraktor  kroni. Antara  projek  terbabit ialah  pembinaan jalan di Sabak Bernam,  masjid di  Puchong  Perdana, kem  wataniah dan kuaters kakitangan SUK di  Shah Alam.
 
- Khir   mempunyai hubungan rapat dengan kontraktor yang  memohon  projek  kerajaan  negeri, misalnya beliau bersama keluarga  pernah  bermalam di  sebuah  resort mewah di Janda Baik milik kroninya.  Majulia  Sdn. Bhd. Ini   bercanggah dengan surat akujanji yang  ditandatanganinya  di depan  Sultan  Selangor.
 
- Menswastakan kutipan tunggakan  pembayaran  ansuran bulanan  rumah  awam kos rendah seluruh Selangor  kepada syarikat  kroni, Noble  Nexus  Sdn Bhd melalui perjanjian konsesi  pada 27 September  2001.  Untung  lumayan dapat dipungut secara mudah  kerana tugas Nobel  Nexus  hanya  menghantar notis saman dan 30% kutipan  menjadi miliknya.
 
- Meluluskan  pembelian kenderaan rasmi  kepada Exco Kerajaan  Negeri  Selangor dan  Menteri Besar (dirinya  sendiri) melalui  mesyuarat Exco ke  25/2001 pada  26 September 2001,  tanpa melalui  prosedur yang lazim  digunakan. Usia  kereta rasmi MB belum  sampai lima  tahun (didaftarkan  pada Jun 1997), dan  tempoh Khir menjadi  MB baru  setahun iaitu tidak  sampai lima tahun  seperti sepatutnya.  Beliau juga  tidak merujuk kes  ini kepada  Perbendaharaan dan Ibu pejabat  JKR di  Kuala Lumpur.  Meskipun menyentuh  kepentingannya, di mana kereta   rasminya Merc S320L,  no. plat BGF7337  ditawar untuk dijual kepadanya,   Khir masih  mempengerusikan mesyuarat dan  tidak mengisytihar   kepentingannya.
 
- Khir mengarahkan  agar semua minit dan  kertas mesyuarat  exco  dikutip semula selepas  mesyuarat tamat, manakala  segala  bahan-bahan  penting mesyuarat Exco yang  dipengerusikannya sejak  Ogos  2000 tidak  dibenarkan disimpan oleh Exco  lain. Selalunya   kertas-kertas penting  itu diedarkan kepada anggota Exco  sehari sebelum   mesyuarat, iaitu pada  Selasa, tetapi selepas isu  rasuahnya  terbongkar,  ia hanya diserahkan  selepas setiap Exco duduk di  kerusi  masing-masing.  Maknanya, “Exco  Selangor masuk mesyuarat  berlenggang,  keluar pun  berlenggang.”
 
- Meluluskan hampir  11 ekar tanah di  Bandar Baru Bangi,  yang  diwartakan sebagai kawasan  rekreasi, kepada  syarikat kroni,  Bestarama  Sdn Bhd. Masyarakat setempat  membuat bantahan  kerana  setakat ini  banyak kawasan hijau dibangunkan  demi mengejar  keuntungan  lumayan.  Bestarama boleh untung segera lebih  RM14 juta.  Menariknya,  pemegang  syer Bestarama juga pemegang syer Noble  Nexus.  Kedua-dua  wanita itu  hanya penama bagi suku-sakat Khir.
 
- Menggunakan   ratusan ribu ringgit wang kerajaan negeri  untuk  membeli iklan dua muka   penuh berwarna dalam Utusan Malaysia,   sekurang-kurangnya pada 1 Feb,  16  Mac 2002, bagi menjawab serangan   Lutfi Othman yang mendakwa Khir   mengagihkan tanah (yang luas dan   mahal), pelbagai projek besar, balak,   buat kroni dan suku-sakatnya.
 
- Mengeksploit mesyuarat    Majlis  Tindakan ekonomi Selangor (MTES), untuk meluluskan segala tanah    &  projek kepada sesiapa yang disukainya tanpa kehadiran Exco  lain.    Mesyuarat Exco esoknya (pada setiap Rabu) hanya mengesahkan  saja. MTES,    menurut bekas penasihat undang-undang negeri, adalah  tidak sah dari   segi  legal kerana ia merampas kuasa mesyuarat Exco.