Datuk  Seri Dr Mohamad Khir Toyo telah menghantar faks kepada Speaker  Dewan  Undangan Negeri Selangor, Teng Chang Kim untuk memaklumkan  peletakan  jawatan sebagai ketua pembangkang pada jam 11.20 pagi tadi.
Surat yang sama difaks kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor.
Isnin lalu, bekas Menteri Besar Selangor itu memaklumkan bahawa beliau akan melepaskan jawatan ketua pembangkang berikutan pendakwaannya di Mahkamah Sesyen Shah Alam berhubung pemilikan dua lot tanah dan sebuah rumah mewah di Shah Alam.
Mengenai jawatan lain dalam Umno, ADUN Sungai Panjang itu berkata beliau menyerahkannya kepada pucuk pimpinan parti.
Dr Mohd Khir juga merupakan ketua Umno bahagian Sungai Besar.
Khir   ddakwa telah mendapatkan untuk dirinya dan isteri Datin Seri Zahrah   Kechik, 45, suatu barang berharga dengan suatu balasan yang beliau   ketahui tidak mencukupi iaitu dua lot tanah dan sebuah rumah yang   terletak di alamat no 8 & 10, Jalan Suasa 7/1 L, Shah Alam, daripada   Ditamas Sdn Bhd melalui pengarah Ditamas, Shamsuddin Hayroni, dengan   harga RM3.5 juta, sedangkan hartanah itu telah dibeli oleh Ditamas pada   23 Disember 2004 dengan harga RM6.5 juta.
Isnin lalu, bekas Menteri Besar Selangor itu memaklumkan bahawa beliau akan melepaskan jawatan ketua pembangkang berikutan pendakwaannya di Mahkamah Sesyen Shah Alam berhubung pemilikan dua lot tanah dan sebuah rumah mewah di Shah Alam.
Mengenai jawatan lain dalam Umno, ADUN Sungai Panjang itu berkata beliau menyerahkannya kepada pucuk pimpinan parti.
Dr Mohd Khir juga merupakan ketua Umno bahagian Sungai Besar.
Khir   ddakwa telah mendapatkan untuk dirinya dan isteri Datin Seri Zahrah   Kechik, 45, suatu barang berharga dengan suatu balasan yang beliau   ketahui tidak mencukupi iaitu dua lot tanah dan sebuah rumah yang   terletak di alamat no 8 & 10, Jalan Suasa 7/1 L, Shah Alam, daripada   Ditamas Sdn Bhd melalui pengarah Ditamas, Shamsuddin Hayroni, dengan   harga RM3.5 juta, sedangkan hartanah itu telah dibeli oleh Ditamas pada   23 Disember 2004 dengan harga RM6.5 juta.-malaysiakini