KETIKA  kira-kira 2,000 para perwakilan konvensyen BN sedang membincangkan  tujuh perkara pokok di Wisma MCA Jalan Ampang, lebih 5,000 rakyat  marhaen dari berbagai kaum menunjuk perasaan di perkarangan Masjid  Negara untuk memprotes cadangan menaikan harga air di Selangor.Dua himpunan ini dilihat kontras di antara satu sama lain. Satu melibatkan rakyat yang membela diri mereka kerana dimanipulasikan oleh pihak tertentu dengan cadangan kenaikan harga air itu, manakala satu lagi berbincang untuk mengekalkan hegemoni politik mereka bagi membolehkan para pedagang dan lintah darat terus menyedut darah rakyat.
Sebenarnya banyak masalah rakyat bawahan di bawah kerajaan BN masih belum selesai. Berbagai isu bertaburan dan menjadi perdebatan di mana-mana saja. Semua isu itu akan menjadi senjata yang bakal memakan diri BN dalam pilihan raya akan datang. Sepatutnya di sampin BN membincang mengenai kedudukan mereka, mereka juga membincang masalah rakyat.
Misalnya  ia wajar kalau ikut sama membincangkan kenaikan harga minyak petrol  yang akan berjangkit kepada kenaikan harga barangan lain. Namun tidak  terjadi demikian. Sebahagian orang yang menghadiri konvensyen BN itu  adalah mereka yang bertanggungjawab menaikan harga barangan. Sebagai  pemimpin kerajaan mereka bertanggungjawab menentukan kadar harganya.Malang tidak berlaku begitu.
Saya tidak jenguk ke tempat konvesnyen itu dan apakah resolusi yang diluluskan. Apakah 13 parti komponen BN sepakat menerima resolusi yang diputuskan. Ataupun ada yang tidak berpuas hati dan perdebatan yang ketika ini dirasakan masih diteruskan.
Tetapi  yang jelas dan nyatanya protes kenaikan harga air di masjid negara itu  berjaya. Ia memulakan momentum baru kebangkitan rakyat selepas pasca  Abdullah Badawi menjadi perdana menteri. Apabila tunjuk perasaan itu  dihalang dan disuraikan oleh polis dengan melakukan tangkapan seramai 48  orang, ia dianggap berjaya. Itulah yang diidamkan oleh para demonstran.Selalunya dalam siri-siri tunjukan perasaan kalau tidak ada demonstran yang kena tangkap atau kena pukul ia tidak dianggap berjaya. Mereka akan bangga kalau mereka ditangkap. Sebab itu kalau ada yang kena pukul gambar mereka dianiaya polis akan diesploitasikan secukupnya dalam internet ataupun portal berita. Penganiyaan dan kezaliman terpaksa itu dijadikan modal politik yang cukup enak.
Dalam  ukuran dan sifir rakyat marhaen sesuatu tunjuk perasaan itu juga  berjaya pabila kehadiran melebihi 5,000 orang dan dikawal oleh ribuan  polis. Ia paling berjaya dan bermakna lagi bila polis melepaskan gas  pemedih mata, menyembur water cannon ataupun mengejar penunjuk perasaan  dengan cota oleh pasukan berkepala (topi) merah.Nampaknya semua keadaan itu berlaku pada hari ini. Saya tidak dapat memasuki ke perkarangan Masjid Negara tempat menjadi lokasi utama kerana semua jalan menuju ke rumah Allah itu disekat. Empat kawasan lokasi untuk penunjuk perasaan berhimpun, di Kampung Atap, Pasar Seni, perarangan Masjid Negara, Istana Negara an Masji Jamek di kawal rapi.
Kelihatan  polis macam turus pagar bercacangan, mengawal keadaan. Semua jalan  menuju ke Masjid Negara dan Istana Negara dikawal rapi. Polis FRU  dijadikan perisai menghalang kemaraan para penuju perasaan untuk  bergerak ke Istana Negara. Sementara di atas udara pula berlegar  helekopter polis meninjau apa yang berlaku di bumi. Tidak pula dapat  dipastikan apakah helekopter juga turut berlegar di Jalan Ampang?Ketika saya turun komuter polis sedang mengamuk menyembur watar cannon dan memelaspakan gas pemedih mata. Ini menyebabkan penunjuk perasaan bercemperiaan lari dan ada yang masuk ke stesen keretapi. Beberapa penujuk perasaan yang membawa anak kecil juga lari melindungi anak mereka di kawasan stesen keretapi.
Saya  hanya memerhati dari dalam pagar stesen kereta api kerana tidak dapat  untuk mara lebih dekat. Semua pintu pagar keluar menghala ke masjid  ditutup rapat. Beberapa warga emas dan perempuan juga turut melarikan  diri. Kelihatan baju mereka basah kerana disembur water cannon.Mereka tidak sedih tetapi gembira dan seronok. Sambil berjalan mengilai dan ada yang mencaci polis dan BN.
Seorang anak muda dengan muka merah, mata berair menyapa saya dan meminta air mineral untuk membasuh mukanya.
Dari  percakapan dengan sekumpulan anak muda yang 'melarikan' diri saya dapat  gambaran tunjuk perasaan itu berjaya. Katanya yang paling mengejutkan  ialah ramai orang Cina dan India ikut sama mengambil bahagian. Seorang  lelaki Cina mengaku datang dari Perak melaungkan ke arah trak polis  dengan kata-kata, kenapa buat jahat kepada kami?Sebelum ini yang mendominasi tunjuk perasaan ialah anak muda Melayu. Selalunya tidak sampai 10 persen orang Cina dan India yang mengambil bahagian. Kalaulah dakwaan anak muda itu benar ia memberi petanda baik bahawa tunjuk perasaan di masa depan ada potensi untuk menjadi lebih hebat. Apakah tunjuk perasaan hari ini sebagai muqadimah kepada beberapa siri tunjuk perasaan lain?
Mungkin  berdasarkan suasana dan kejayan hari ini sudah ada terpeta di dalam  kepala Mohammad Sabu untuk menganjurkan tunjukkan lebih besar dan lebih  tersusun selepas ini. Mat Sabu juga dilaporkan hadir. Katanya ada  ura-ura untuk mengadakan tunjukkan Bersih kali kedua. Apakah keadaan  akan memberi inspirasi kepada Mat?Dan apa yang dapat saya simpulkan dengan tunjuk perasaan hari ini ia memberi petanda bahawa kebangkitan rakyat masih berterusan. Walaupun ada perubahan dan transformasi dilakukan Najib namun ia tidak mampu mendamaikan keadaan. Begitu juga kecaman hebat dan pemanipulasi isu ketuanan Melayu oleh UBN tidak memberi bekas.
Bahawa serangan peribadi ke atas Anwar dan usaha melagakan pemimpin Pakatan Rakyat tidak memberi hasil. Begitu juga pendakwaan kali kedua Anwar atas tuduhan liwat juga tidak mudah mematikan semangat anak-anak muda untuk bangkit mempertahankan hak mereka yang mereka sandarkan kepada Anwar sebagai ikon pejuang rakyat marhaen. Beberapa muka demostran yang mengambil bahagian dalam siri tunjuk perasaan tahun 1998 - 1999 uga kelihatan dan masih bersemangat.
-MSO