Kami berhimpun di R&R Juru sebelum bertolak ke Alor Setar Kedah. Sharpshooter bersama Chegbard dari Petaling Jaya Selatan setelah selesai bertemu anak muda di sana. Kami sampai sekitar jam 4.30 petang di R&R Juru.
One  Nie Catering milik Zulkarnain AMK Bayan Baru adalah penyumbang besar  makanan kepada mangsa banjir. Gambar - dari kiri Lat Pet Pet dari UKP  Permatang Pauh, Dio Sani dari N.Sembilan, Saufi dari N.Sembilan, Faisal  Ketua AMK Balik Pulau, Aidil dari Johor dan Yaser dari Negeri Sembilan  turut hadir.
Ketua Konvoi Misi bantuan Banjir, Chegubard bersama Yaser Negeri Sembilan dan Aidil dari Johor turut bersama dalam konvoi ini.
Ketua AMK kedah Saiful berada di Pejabat HQ Keadilan, Tropicana kerana mesyuarat MPP Keadilan. Konvoi kami disambut oleh saudara Budi Ketua AMK Alor Setar dan Nasir Ketua AMK Merbok dan AMK Kedah. Angah Ketua AMK Sik turut bersama konvoi dari Juru.
Kami  pergi ke penempatan mangsa banjir Sekolah Kebangsaan Sri Perdana,  Mergong. Kami diberi taklimat oleh Ketua Unit Amal di sana.
Zulkarnain  Pengasas Unit Ehsan dan juga pemilik One Nie Catering telah sudi  menyediakan masakan burger dan hot dog kepada mangsa banjir.
Tanpa  berlengah masa, kami aturkan segera persiapan yang dibawa oleh One Nie  catering untuk menyediakan 700 burger dan hot dog kepada mangsa banjir.YB Chang Lih Kang Adun Teja serta Pengerusi Watami Puan Hamizah dan Sdr Lan Pet Pet dari UKP Permatang Pauh sedang memotong gobis.
Azrizal  Tahir Pengerusi Unit Ehsan P.Pinang merangkap Ketua AMK Bayan Baru dan  Amir Ghazali Ketua AMK Permatang Pauh turut bertungkus lumus memotong  gobis.
Sdr  Khairil AMK Jelutong turut bersama. Sebanyak 700 Burger dan hot dog  serta air minuman sebanyak 2,400 botol (100 kotak sumbangan YB Ong Chin  Wen) kami agihkan ke bilik-bilik mangsa banjir.
Pengerusi  Persatuan Wanita Mithali (Watami) Puan Hamizah, Zaheerah dan Wanie  sedang mendengar keluhan dan rintihan mangsa banjir.
Saufi  aktivis SAMM yang tidak pernah mengalami banjir di Negeri Sembilan amat  terharu dan sebak bila melihat kanak-kanak dan mangsa banjir  berebut-rebut mendapatkan makanan dan tempat tinggal beramai-ramai.  Katanya "saya tak pernah alami dan melihat situasi seperti ini. tak  sia-sia saya turut serta dalam misi bantuan banjir ini."
Zulkifli  Ibrahim kempen manager Chegubard sedang melayan kanak-kanak untuk  jamuan nasi yang kebetulan datang seorang hamba Allah yang mahu memberi  nasi kenduri lebihan dari rumahnya. Beliau menyerahkan kepada kami untuk  hidangkan dan agihkan kepada mangsa banjir.
Mangsa  banjir sedang memilih pakaian yang kami bawa dan sebahagiannya  sumbangan dari Fauzi Johor yang memiliki kedai pakaian di Shah Alam,  Selangor.
Selepas  itu kami bergegas pula ke Sekolah Agama Kedah. Kami diberi taklimat  oleh Ketua Unit Amal Ustaz Basri. YB Chang Lih Kang sedang mendengar  taklimat oleh Ustaz Basri.
YB Chang Lih Kang amat sedih dengan keadaan magsa banjir, Berat mata memandang berat lagi bahu memikul.
Sdr  Rizal Hamid calon yang tewas kepada YB Ustaz Maktar Adun Sg Bakap  semasa pemilihan Keadilan di Nibong Tebal turut hadir dalam misi bantuan  banjir tersebut. Biduk berlalu kiambang bertaut. Inilah sikap yang  wajar dipuji dan dicontohi biarpun sudah tewas namun semangatnya untuk  terus berjuang wajar diberi pujian.
Chegubard telah menjadi anak angkat kepada mak cik ini yang berusia hampir 100 tahun. Kata mak cik tersebut.." terimakasihlah nak kerana sudi tolong bagi makan ubat kepada mak cik, mak cik terharu dengan jasa baik anak dan kawan-kawan yang sudi mai melawat kami dan bagi sumbangan."
Selepas itu sharpshoter bersama Chegubard dan SAMM bergegas semula ke Selangor. Konvoi Misi Bantuan Banjir kedua akan diadakan pada 11 Novembar 2010. Kepada sesiapa yang ingin turut serta dan ingin memberi sumbangan, anda bolehlah menghubungi Azrizal di talian 016-4355488, 012-4984556 atau Zulkarnain 019-5082933.






