|      PETALING   JAYA 28 Nov - Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar  Ibrahim  berjanji parti akan menjalankan siastan terperinci ke ayas  semua aduan  yang berasas berhubung dakwaan penyelewengan yanmg berlaku  semasa  Pemilihan Pimpinan Pusat 2010 baru-baru ini.
  Bercakap  kepada  Majlis Pimpinan Pusat serta perwakilan dari seluruh negara yang   menghadiri Persidangan Kongres Nasional Tahunan Ke-7, 2010 di Dewan   Sivil, Majlis Bandaraya Kuala Lumpur di sini malam tadi, Anwar tidak   menolak kelemahan dalam perlaksanaan sistem'satu anggota satu undi' yang   pertama kali dijalankan oleh KEADILAN dan julung kali oleh sebuah  parti  di negara ini dan memberi jaminan akan memberi perhatian serius   terhadap dakwaan yang dibuat oleh anggota parti.
  "Adakah terdapat   kelemahan? Ya. Perlukah ada penambahbaikan? Ya. Sekiranya ada bukti   penipuan dalam mana-mana proses pemilihan adakah tindakan akan diambil?   Ya.
  "Adakah sebarang cubaan untuk menutup mana-mana kes? Tidak.   Adakah kita akan mengambil tindakan? Ya tetapi dengan syarat terdapat   bukti penyelewengan," tegas Anwar kepada ahli MPP dan perwakilan.
  Beliau   menggesa anggota tampil membuat aduan kepada Jawatankuasa Pemilihan   Pusat serta menambah parti tidak menggenakan kekangan terhadap mana-mana   calon untuk berbuat demikian.
  Sambil memuji kemampuan  Setiausaha  Agung Saifuddin Nasution Ismail menggalas tanggungjawab  menjalankan  pemilihan, Anwar juga mempertahankan jumlah anggota yang  keluar mengundi  seramai 70,000 daripada 400,000 keanggotaan parti.
  Kata  beliau  berbanding dengan Suruhanjaya Pilihan Raya yang diperuntukkan  sebanyak  RM250 juta untuk melaksanakan pilihan raya di seluruh negara,  Setiausaha  Agung hanya mendapat bajet kecil bagi pemilihan.
  Anwar  juga  membidas pihak media yang sentiaa mencari ruang untuk menyerang  KEADILAN  dengan memperbesar-besarkan dakwaan berhubung pemilihan parti.
  "Kenapa   kami digambarkan sebagai pihak yang bersalah. Ini kerana Utusan   Malaysia yang mengatakan kita bersalah tetapi sejak bila Utusan pernah   mengatakan kita betul," kata Anwar sinis.
  Beliau menegur   sesetengah anggota yang menyertai KEADILAN tetapi masih gagal memahami   konsep kepelbagaian kaum yang diamalkan oleh parti dan melihat hanya   dari perspektif perkauman.
  Beliau menyeru anggota supaya bersiap sedia menghadapi Pilihan Raya Umu ke-13 dan tidak hilang tumpuan kepada objektif ini.
  "Kita kalah Ijok tapi menang Selangor. Kita kalah di Batu Sapi tapi kita mampu tawan Sabah," katanya./SK
  |