
BERLIN 26 Okt: Sotong kurita, Paul yang dikenali kerana ketepatan ramalannya berhubung keputusan pertandingan Piala Dunia di Afrika Selatan Julai lalu, mati di akuarium yang menempatkannya di Jerman.
“Pihak  pengurusan dan kakitangan di Pusat Hidupan Laut Oberhausen sedih  selepas mendapati haiwan yang terkenal dengan ramalan tepatnya semasa  Piala Dunia lalu itu, mati malam tadi.
“Paul  mengagumkan dunia apabila berjaya meramal tepat pemenang perlawanan  melibatkan pasukan Jerman, begitu juga dengan keputusan perlawanan  akhir. Kejayaannya merupakan cerita yang lebih besar daripada Piala  Dunia itu sendiri,” kata pengurus pusat hidupan laut itu, Stefan Porwoll  dalam satu kenyataan.
 -AFP-