Selasa, 12 Oktober 2010

Najib dan Chua dah mula gila dan berani ‘meludah’ ke muka Tun Mahathir

WarkahDaily – Memang sah, MCA dan Umno takut dengan PAS. Bukan rakyat Malaysia (Melayu, Cina dan India) yang takut dengan PAS tapi BN sendiri yang secara terang-terangan cuba meluahkan perasaan takut mereka kepada PAS dengan membuat ugutan jahat dan tidak bermaruah kepada pengundi Cina ketika Perhimpunan Agung Tahunan Ke-57 beberapa hari yang lepas.

Yang mendukacitakan, Najib yang mengaku Islam juga senada dan mengiyakan apa yang diungkap Chua yang memburuk-burukkan Islam dan sistem Islam.

Hangpa nampak macam bidas PAS tapi dalam diam-diam, hangpa duk buruk-burukkan sistem Islam dan cuba menakut-nakutkan orang bukan Islam mendekati keharmonian dan keadilan Islam.

Ini kenyataan dua pemimpin BN yang cuba menghina Islam secara sinis. Chua biarlah dia sebab dia kafir (wei puak-puak Umno, kalau hang nak kenal, ini dia kafir Harbi. Bukan Islam yang bersama-sama dengan kepimpinan Islam tu bukan Harbi. Hangpa kena reti sikit!)

Kenyataan Chua Soi Lek:

“Kami merasakan jika Pakatan berkuasa, PAS akan berada di tempat kapten...PAS tidak akan melupakan dasar autokratik Islam dan jangan terkejut jika PAS memperoleh kuasa, ia akan kembali keterbelakang.”


Kenyataan Najib:

“Dr Chua betul dalam memperingatkan anda bahawa mereka (PAS) tidak menyerah dalam pendirian negara Islam mereka. Dan, saya pasti jika ia dilaksanakan, ia akan mengubah cara hidup anda dan memberi kesan ke atas masyarakat Cina."



Tempelak Mahathir

Presiden kontroversi MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek telah membuat ugutan terhadap kaumnya sendiri kononnya bila PR menguasai Putrajaya, PAS yang akan mendominasi kerajaan persekutuan. Dengan kata lain, beliau cuba menakutkan pengundi Cina bahawa kaum itu dalam bahaya jika PAS menjadi ketua.

Sebenarnya telahan bodoh itu hanyalah pandangan songsang yang memperlihatkan ketakutan pemimpin-pemimpin kehilangan kuasa mereka di PRU 13 akan datang.

PRU 13 sudah semakin hampir, maka sudah sampai masanya Umno dan sekutunya termasuk MCA akan menjalankan provokasi jahat bagi menakutkan bukan Islam supaya menjauhi PAS. Kebimbangan itu timbul selepas PAS semakin mendapat sokongan bukan Islam sehingga tertubuhnya DHPP yang disertai hampir 20,000 bukan Islam.

Presiden BN, Datuk Seri Najib juga senada dengan presiden MCA yang terpalit dengan aksi hubungan seks dengan perempuan yang tidak dikenali.

Namun sebenarnya mereka ini tidak sedar, secara diam-diam telah menempelak dan ‘meludah’ ke muka mantan PM, Tun Mahathir yang sebelum ini mengeluarkan kenyataan jika PR menang dalam PRU 13 dan menguasai Putrajaya, maka kuasa Melayu akan hilang.

Sekarang jelas taktik bodoh tanpa berfikir panjang untuk membuat provokasi murahan pemimpin BN bakal memakan diri sendiri dan menambahkan kebencian lagi rakyat terhadap mereka.

Mahathir kata jika PR kuasa Putrajaya, Melayu akan hilang kuasa tapi Najib dan Chua kata kalau PR kuasa Putrajaya, PAS akan kuasai kerajaan pusat.

Memang sah mereka tak study dulu cara provokasi Mahathir yang lebih licik. Amat jelas perbezaan ilmu politik Mahathir berbanding Najib. Najib memang tersangat lemah dan daya pemikiran singkat dalam politik.

PAS memang sah Melayu, sudah pasti Melayu akan merasa selamat jika betul dakwaan Najib dan Chua walaupun sebenarnya PAS lebih dari apa yang disangka mereka. PAS bukan seperti Umno yang memperjuangkan perkauman dan menafikan hak kaum lain.

PAS memperjuangkan keadilan dan kebajikan untuk semua tidak kira mereka itu Islam atau tidak sebab Islam mengajar berlaku adil kepada semua termasuk bukan Islam.

Sebenarnya Najib yang mengaku Islam perlu mengajar pemimpin MCA yang bergelumang dengan seks itu tentang keadilan Islam untuk semua.

Mana usaha Najib untuk bantu Amerika atasi Islamofobia?

Bukan ke Najib mahu mengajar Amerika untuk atasi Islamofobia (prasangka buruk dengan Islam). Jangan pergi jauhlah wahai Najib. Atasi dulu Islamofobia dalam BN dulu tu.

Bagitahu dulu kat Chua Soi Lek tu Islam tidak ganas, Islam tidak menindas bukan Islam dan Islam itu adil kepada semua. Jangan pulak kamu lagi menambahkan ‘api dalam sekam’ supaya orang bukan Islam semakin menjauhi Islam dan orang Islam.

Tapi sekarang kamu sedana dengan Chua yang cuba memberi gambaran buruk terhadap perjuangan PAS yang membawa keadilan Islam. Usah berlakonlah wahai Najib. Nanti makin lama makin terbongkar tembelang kamu.

Chua seiras Perkasa

Selama ini MCA melabelkan Perkasa adalah ekstem Melayu, tapi apa kurangnya anda? Anda adalah ekstrem Cina. Cuba mengapi-apikan kaum Cina supaya membenci Islam.

Sebenarnya Chua telah meludah ke mukanya sendiri apabila beliau cuba menakutkan orang Cina dengan PAS sama dengan Perkasa cuba menakutkan Melayu dengan DAP. Dua kali lima, lima kali dua. Kalau Perkasa ‘brutal’ Melayu, MCA pulak ‘mafia’ Cina.

Memang parti-parti dalam BN memperjuangkan perkauman dan tidak ke arah 1 Malaysia yang diwar-warkan Najib yang turut serta dengan aksi perkauman MCA. Sah 1 Malaysia hanyalah retorik semata-mata.

Memberi kredit kepada PAS

Kenyataan berbaur perkauman yang dibuat Chua dan Najib itu dilihat seperti memberi promosi percuma terhadap PAS.

Kenapa penulis WarkahDaily berhujah sedemikian?

Sebenarnya selama ini, Umno-BN bertungkus-lumus cuba memberi gambaran buruk kononnya teras politik Melayu akan hilang apabila PR memerintah. PAS akan menggadaikan Melayu dan Islam apabila PR menguasai Putrajaya.

Lebih dahsyat lagi mereka cuba membuat provokasi kononnya PAS menjadi tunggangan DAP dan PKR semata-mata dan perjuangan Islam dalam PAS sudah pun tergadai.

Tapi sekarang sebaliknya pulak mereka ini keluarkan kenyataan. Nak kata bodoh, memanglah tersangat bodoh. Memang lidah bercabang bercakap berbelit-belit. Kejap kata Islam dan Melayu akan tergadai jika PR menang, kejap kata PAS akan kuasai kerajaan pusat bila PR menang.

Najib ‘ludah’ kat muka sendiri dan pemimpin Umno dan Perkasa

Penulis WarkahDaily menganggap kenyataan Najib dan Chua itu diibaratkan meludah kat muka sendiri dan pemimpin-pemimpin Umno yang lain. Tak terlepas juga menempelak ‘pekikan’ Perkasa yang mendakwa PAS sudah meninggalkan perjuangannya terhadap Islam.

Konco-konco Umno sibuk menuduh PAS akan menggadai dasar perjuangannya bila PR menang. Konon PAS dah mula longgar dengan dasar perjuangan Islamnya.

Tapi Najib dan Chua kata semalam, jika PR menang, PAS akan menguasai kerajaan pusat dan PAS tidak akan lupa akan cita-citanya dengan dasar Islam iaitu melaksanakan pentadbiran dan hukum Islam. Hangpa dah hilang ingatan ke apa?

Semakin gila rupanya pemimpin Umno ni. Semakin tak keruan lagi ucapan mereka bila mengetahui kuasa mereka bakal berakhir.

Jadi ucapan pemimpin Umno sebelum ini adalah karut semata-mata dan hanya berkepentingan politik murahan sahaja.

Dalam masa yang singkat, otak puak-puak Umno berputar berlawanan arah dengan kenyataan mereka sebelum ini. Dulu kata PAS dah longgarkan perjuangan Islamnya ketika bekerjasama dengan PR. Sekarang lain pulak dah, depa kata jika PR kuasai kerajaan pusat, PAS akan jadi ketua dan PAS akan meneruskan cita-citanya dengan dasar Islam. Chua turut menuduh, kerjasama dalam PR, DAP telah memberi momentum percuma untuk kekuatan dan sokongan bukan Islam terhadap PAS.

Mana satu betul ni wahai juak-juak Umno. Hangpa dah mabuk ke dah gila? Maklumlah, riwayat parti hangpa dah nak tamat. Kalau tak, kenapa Najib takut sangat sampai dilihat seolah-olah merayu dengan Cina mintak menang dalam PRU 13 nanti. “Kalau boleh saya nak menang dalam PRU 13, “rayu Najib dengan Cina.

Pakatan Rakyat diiktiraf

Sebenarnya juak-juak Umno-BN tak sedar, depa dah iktiraf kerjasama dalam Pakatan Rakyat (PR). Cuba bayangkan apa yang dikatakan Chua, DAP telah beri momentum kepada PAS untuk kuatkan PAS. Alangkah bagusnya kerjasama dan perpaduan dalam PR. PAS pulak bantu DAP ubah persepsi buruk Melayu terhadap parti itu.

Dalam BN, mana mungkin benda seperti ini boleh berlaku. Lagi menyemarak isu perkauman ada lah. Penulis WarkahDaily belum lupa bagaimana Umno Pulau Pinang mengoyak gambar bekas Ketua Menteri Pulau Pinang dari Gerakan, Koh Tsu Koon.