
Tidak sampai dua minit, perbicaraan kes liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan bermula, ia terpaksa ditangguhkan seketika.
Tindakan itu bagi membolehkan Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah berbincang dengan pihak pendakwaan dan pembelaan di kamarnya.
![]()  | 
Semalam mahkamah menolak permohonan berkenaan atas alasan pihak pembelaan tidak berhak dibekalkan nota-nota itu kerana saksi tidak pernah merujuk dokumen itu sewaktu pemeriksaan utama.
8.58am: Mahkamah mula bersidang dengan hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah mengambil tempatnya.
Doktor bedah am Hospital Kuala Lumpur - Dr Mohd Razali Ibrahim dipanggil ke kandang saksi.
9am: Karpal berkata beliau ingin mengemukakan semula sama ada hakim memahami apa yang dituntut oleh pihak pembelaan semalam - iaitu nota klinikal perubatan.
Katanya, kekeliruan penghakiman mungkin mengakibatkan salah faham berhubung apa yang dituntut oleh pihak pembelaan sebenarnya.
"Apa yang kami mahu adalah nota klinikal. Laporan awal perubatan bukan satu isu.”
Hakim Zabidin berkata keputusannya semalam adalah jelas. Beliau kemudiannya mengarahkan kedua-dua pihak untuk mengadakan perbincangan tertutup di kamarnya.
Mahkamah berehat seketika.
9.05am: Ahli parlimen Tumpat, Datuk Kamaruddin Jaafar masuk ke mahkamah dan duduk di galeri awam.
Masih   terdapat banyak ruang kosong di mahkamah hari ini. Hanya terdapat   kira-kira 40 orang. Kebanyakan wartawan asing dan penyokong Anwar yang   biasanya hadir tidak kelihatan.
9.23am: Semua pihak yang terlibat keluar dari kamar hakim Zabidin.
9.26am: Mahkamah bersambung.
9.27am: Karpal terus mengasak Dr Razali mengenai keberatannya untuk merujuk kepada nota perubatan.
9.31am: Mahkamah sekali lagi berehat apabila Karpal berkeras mengasak saksi bertubi-tubi mengenai perkara berkenaan.
Karpal   membantah apabila pihak pendakawaan menuntut beliau supaya berhenti   berbuat demikian. Sankara Nair, seorang lagi peguam bela bangkit dan   bertanya mengapa pihak pendakwaan cuba menghalang peguam menyoal Dr   Razali.
Karpal berkata beliau percaya apa yang Dr Razali tuturkan   di mahkamah adalah berlainan dengan apa yang tercatit dalam nota   klinikal.
Hakim Zabidin meminta semua pihak terlibat sekali lagi   ke kamarnya untuk berbincang - ini kali kedua pagi ini, mereka berbuat   demikian.
9.55am: Semua pihak kembali ke mahkamah.
10.02am: Hakim Zabidin memasuki mahkamah. Perbicaraan disambung semula.
10.10am:   Karpal bertanyakan mengenai laporan perubatan bertarikh 13 Julai 2008.   Beliau ingin tahu sama ada terdapat laporan yang dikemukakan oleh dua   ahli kimia.
Dr Razali semalam memberi keterangan bahawa hanya terdapat satu laporan kimia.
10.20am: Dr Razali mengakui terdapat kesilapan dalam laporan terakhir berhubung wujudnya tiga laporan ahli kimia.
Satu daripada laporan kimia itu, PJ F atau 6334/08-2, tidak dinyatakan dalam laporan itu.
Menurut   Karpal, that PJ F atau 6334/08-1 tidak diberikan kepada pihak  pembelaan  meskipun ia ditimbulkan dalam laporan terakhir itu.
10.25am:   Mahkamah dihentikan seketika lagi - ini kali ketiga pagi ini. Kali ini   bagi membolehkan pegawai mahkamah untuk menyemak laporan ahli kimia.
Peguam   Cara II Negara, Datuk Yusof berkata pihak pendakwaan tidak bercadang   untuk menenderkan laporan kimia 01, dan atas alasan itu ia tidak   dibekalkan kepada pihak pembelaan.
10.52am: Perbicaraan masih belum diteruskan. Peguam Karpal dan Sankara sedang berbincang dengan Anwar di luar mahkamah.
11.06am: Karpal dan Yusof sekali lagi dilihat menuju ke kamar Hakim Zabidin bagi perbincangan di kamarnya.
11.22am: Perbicaraan bersambung semula. Karpal meneruskan soal-balas.
11.42am: Sankara Nair mengambil-alih daripada Karpal dan sedang memasang projektor LCD.
11.56am: Sankara Nair kemudian mengambil-alih daripada Karpal dan menyoal-balas Dr Razali.
12.02pm:   Sankara bertanya kepada Dr Razali sama ada pelincir digunakan dalam   tindakan meliwat yang didakwa oleh pengadu yang juga saksi utama, Mohd   Saiful Bukhari Azlan.
Dr Razali berkata beliau difahamkan ada, tetapi mengakui tiada ujian dilakukan bagi menentukan pelincir digunakan.
