Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengarahkan pemimpin Parti Hak  Asasai  Manusia (HRP) P Uthayakumar diberi pampasan RM145,000 sebagai  gantirugi  terhadap salah tahanan oleh polis pada 16 Januari 2003 di  Mahkamah  Majistret Sepang.
Rosilah   Yop dalam penghakimannya yang bertarikh 29 Julai mengarahkan   Uthayakumar dibayar RM55,000 sebagai gantirugi teruk, RM50,000 untuk   tahanan salah dan RM40,000 lagi untuk gantirugi teladan yang dikira pada   kadar lapan peratus sejak tahun bermulanya kes berkenaan.
Uthayakumar   (left) menyaman kerajaan, Polis Diraja Malaysia dan tujuh anggota  polis  kerana dengan niat jahat memaksanya dibogelkan semasa dalam  tahanan di  balai polis Sepang.
Beliau ditahan kerana didakwa   secara jenayah mengugut seorang ketua inspektor polis ketika perbicaraan   inkues bagi menentukan kematian seorang tahanan.
Pertuduhan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimun tujuh tahun penjara.