Isnin, 23 Ogos 2010

Umno paling gerun Guan Eng peluk Islam

"Saya doakan Guan Eng diberi hidayah peluk Islam"

TAIPING – Penggunaan nama Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang disebut dalam bacaan doa khutbah solat Jumaat di beberapa masjid sekitar Pulau Pinang bukan perkara baru.

Perkara itu disahkan khatib, Zakaria Ahmad yang mengakui bukan pertama kali beliau membaca doa tersebut tetapi ianya dilakukan sejak dua tahun yang lalu.

Menurutnya, doa yang disebut hanya menjuruskan supaya Allah memberikan hidayah kepada Guan Eng agar memeluk Islam.

“Tiada sebarang motif dalam khutbah berkenaan. Ramai yang salah faham terhadap isu ini dan mempolitikkannya sehingga menjadi berita hangat,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Menurutnya, isu berkenaan tidak patut dipolitikkan dan menyifatkan kontroversi yang timbul sebagai mainan politik semata-mata.

"Saya terbuka dan bersedia menjawab serta menjelaskan perkara sebenar di sebalik isu hangat itu. Bagi meredakan keadaan ini, penjelasan di atas diharap dapat menerangkan perkara sebenar mengenai apa yang berlaku,” katanya.

-sinarharian.com.my

Perkara yang paling digeruni oleh Umno jika Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang yang begitu bersungguh-sungguh membawakan moto 'Amal Maaruf Nahi Mungkar' ke dalam pemerintahannya di negeri itu memeluk agama Islam.

Beliau yang mengagumi serta ingin mencontohi kepimpinan Khalifah Umar Abd Aziz menjadi mimpi ngeri buat Umno kerana rakyat telah membuka mata dan minda dengan menilai tahap kepimpinan beliau yang lebih terbuka dan mengutamakan rakyat berbanding pemimpin-pemimpin Umno sendiri.

Umno mencuba sedaya upaya untuk menjatuhkan Lim Guan Eng dengan walau apa cara dan walau sebodoh mana sekalipun asalkan mereka kembali berkuasa di Pulau Pinang.

Maaf, perlu diingat bahawa bukan Umno tetapi Gerakan yang berkuasa jika BN memerintah Pulau Pinang. Umno cuma memenangi kerusi sebanyak mungkin tetapi memberikan kuasa bulat-bulat kepada Gerakan untuk memerintah.

-Ajijoi