Isnin, 16 Ogos 2010

Rima Fakih enggan dedah payu dara

LAS VEGAS: Pertandingan Ratu Universe sering menghasilkan gambar seksi peserta.

Dalam pertandingan kali ini yang berlangsung di Mandalay Bay, Las Vegas, peserta ditawar bergambar separuh telanjang dengan lukisan tubuh.

Namun tawaran itu ditolak oleh Rima Fakih, Ratu Amerika Syarikat pertama beragama Islam.


Katanya, dia tidak bersedia gambarnya separuh telanjang itu dirakam dari depan. “Keadaan mungkin berbeza jika ia dirakam dari belakang. Saya wanita Arab dan beragama Islam. Saya tidak mahu mengecewakan ramai orang,” katanya.


Dia yakin tindakannya menolak tawaran itu tidak akan memberi kesan kepada penilaian juri kerana peserta sudah diberi pilihan .


Antara peserta yang memilih untuk bergambar separuh telanjang ialah dari Trinidad & Tobago, Latoya Woods.


Sesi pengambilan gambar separuh telanjang itu diadakan Las Vegas dan Access Hollywood diberi hak eksklusif untuk menyiarkan gambar berkenaan.- Agensi