3 JULAI — Yahudi sentiasa menggunakan media untuk terus menguasai   dunia. Laporan dari Kabul, Rabu lalu mendakwa pejuang Taliban meletupkan   kereta dan melancar roket ke arah pangkalan udara tentera Pertubuhan   Perjanjian Atlantik Utara (NATO) di timur Afghanistan, dalam cubaan   gagal untuk menawan kem terbabit.
Media juga melaporkan, beberapa  penyerang terbunuh dalam serangan di  pangkalan udara di Jalalabad itu,  manakala dua anggota tentera asing  cedera. Laporan juga mendakwa 102  askar asing maut di timur Afghanistan  pada Jun lalu. Ketakutan dan  ancaman perang dijangka berlarutan jika  masyarakat dunia mengabai  pentingnya kehadiran ‘tentera asing’ di  Afghanistan.
Di Tel Aviv  pula, pemimpin rejim Zionis dilaporkan bersikap terbuka  untuk  mengadakan rundingan langsung dengan Presiden Palestin. Media  dikuasai  Yahudi yang mendominasi rejim Zionis menggambarkan perpaduan  kekal di  Asia Barat jika rakyat Palestin bersikap terbuka dan melupakan   persengketaan sejak 1948. Media antarabangsa sentiasa setia   memperjuangkan kepentingan rejim Zionis dan proksi mereka.
Ketika  penyembelihan di Sabra dan Shatila (Chatila) di Beirut, Lubnan  pada  September 1982, media melaporkan kewajaran tindakan itu kerana  ancaman  berterusan samseng dan belia Palestin di penempatan Yahudi.
Kematian  2,750 umat Islam dinafikan dengan laporan kejayaan Zionis   mempertahankan kedaulatan wilayah mereka.
Dari segi angka, bangsa  Yahudi hanya 14 juta di seluruh dunia, dengan  tujuh juta di Amerika  Syarikat, lima juta di Asia, dua juta di Eropah  dan 100,000 di Afrika.  Bagi setiap seorang Yahudi, ada 100 Muslim  (1:100). Namun Yahudi lebih  100 kali berkuasa daripada umat Islam.
Tentunya fungsi media tidak  boleh ketepikan.
Dalam dunia media, tokoh Yahudi terkemuka ialah Wolf  Blitzer (CNN),  Barbara Walters (ABC News), Eugene Meyer (Washington  Post), Henry  Grunwald (Ketua Editor Time), Katherine Graham (penerbit  The Washington  Post) dan Joseph Lelyyeld (Editor Eksekutif The New York  Times)  menguasai pandangan dunia dan mencorakkan pemikiran sejagat.  Suara  Yahudi sentiasa berada pada segenap pelosok dengan pelbagai drama  dan  intrignya.
Dalam bidang seni pula, pelakon Harrison Ford,  George Burns, Tony  Curtis, Charles Bronson, Sandra Bullock, Billy  Cystal, Woody Allen, Paul  Newman, Peter Sellers, Dustin Hoffman,  Michael Douglas, Ben Kingsley,  Kirk Douglas, William Shatner, Jerry  Lewis dan Peter Falk berbangsa  Yahudi.
Hollywood sendiri diwujudkan  Yahudi. Antara pengarah dan  penerbit, Steven Spielberg, Mel Brooks,  Oliver Stone, Aaron Spelling,  (Beverly Hills 90210), Neil Simon (The  Odd Couple) dan Andrew Vaina  (Rambo) — semuanya Yahudi. Merekalah yang  turut mencorakkan pemikiran  dan keseronokan di ruang tamu rumah kita.  Di negara jiran pula, ejen  Yahudi menguasai media menerusi proksi di  kalangan rakyat tempatan.  Karya sastera dan laporan berita disiarkan  menurut acuan pihak tertentu.
Konsep seni kabur dan antisosial  mendapat tempat secara terbuka. Di  Jakarta polemik teater Utan Kayu dan  Komuniti Utan Kayu banyak  diperdebatkan. Isu karya untuk masyarakat  atau seni untuk seni menjadi  polemik. Ada yang menggunakan sastera  untuk mempertikaikan Islam, tak  kurang juga cerpen dan novel yang  berkiblatkan isu kabur mendapat tempat  di media ternama, berbeza  penulis Islam yang terpaksa membuat komuniti  tersendiri, misalnya  menerusi Forum Lingkar Pena atau Komuniti Pendekar  Sendang Drajat.
Ejen  Yahudi menguasai media utama di Asia Tenggara. Justeru, tidak   menghairan apabila berita Malaysia mencuri  khazanah seni Indonesia  diperbesarkan, berbanding kejayaan Kuala Lumpur  mengirim angkasawan  pertama ke angkasa lepas.
~Berita Harian