Oleh: Aspan Alias
Utusan membuatkan UMNO nampak sebagai parti  'desperate'. Dalam usaha Utusan untuk melihat UMNO dan PAS duduk semeja  bagi merundingkan kerjasama kedua-dua parti ini melambangkan yang UMNO  dalam kedudukkan ‘desperate’ untuk menghadapi pilihanraya umum ke 13  yang akan datang.
Dalam isu ini saya bersama Khairy Jamaluddin,  Ketua Pemuda UMNO yang menganggap Utusan membawa isu UMNO-PAS ini  sebagai satu tindakkan pihak yang tertekan. Utusan merupakan akhbar yang  memainkan peranan penting untuk memudharatkan PAS selama ini tetapi  sekarang akhbar itu memainkan peranan yang sebaliknya pula.
Didalam  PAS isu perundingan ini tidak langsung menjadi isu kerana sesungguhnya  isu kerjasama PAS-UMNO tidak ada dalam kamus mereka. Hanya UMNO  sebagaimana yang digambarkan oleh Utusan itu sebagai pihak yang  dikatakan perbidalan, hidung tak mancung pipi tersorong sorong.
“Kalau  PAS boleh mendapat sokongan dengan rakan-rakannya dalam Pakatan Rakyat  kenapa pula hendak bekerjasama dengan UMNO yang sedang terhuyung hayang  ini?” tanya seorang jawatankuasa PAS diPetaling Jaya kepada saya.
Jika  itu gambaran yang diberikan oleh Utusan maka pengalamannya sejak 5 atau  6 dekad dulu untuk melakukan perang saikoloji terhadap pambangkang dan  menaikkan imej parti dimata rakyat,akbar itu sudah tidak lagi mampu  untuk menyorokkan perasaan ‘desperate’ sebenar yang dihadapi oleh UMNO  itu.
Dalam artikel yang lalu dan juga tulisan tulisan saya yang  sebelumnya, saya sentiasa mengatakan yang UMNO hanya akan mampu untuk  menjadi parti yang dihormati jika imej pemimpinnya tidak dipersoalkan  oleh orang ramai.
Selagi pemimpin UMNO masih menjadi persoalan  dan disyakki terlibat dengan rasuah misalnya kerja untuk membersihkan  imej itu bukan satu tugas yang senang, apatah lagi pemimpin sekarang  tidak mahu berundur walaupun dipandang serong oleh masyarakat berbilang  kaum yang mengundi dalam pilihanraya negara.
UMNO mesti faham  zaman untuk mendapat sokongan dengan memberikan ucapan yang enak-enak  dan menghayalkan sudah berlalu. Zaman untuk mengungkit yang kerajaan  BNlah yang menyediakan kemudahan awam seperti api dan air sudah tidak  laku lagi.
Untuk menjadikan isu biasiswa yang diberikan kepada  anak-anak muda yang belajar diuniversiti sudah tidak dipakai lagi  dizaman ini.
Isu untuk terus memberikan sokongan kepada UMNO bagi  kesenambungan pimpinan yang membangunkan negara sudah tidak menyengat  lagi.
Isu yang kita harus selesaikan ialah isu samada pimpinan  kita mampu untuk mentadbir dengan jujur atau pun tidak. Rakyat mengmbil  tahu isu bagaimana kerajaan yang sepatutnya bekerja keras untuk membeli  peralatan tentera dengan harga yang munasabah dan bukannya untuk  menaikkan harga untuk untuk melakukan rasuah melalui pembayaran kamsen  kepada kroni pemimpin yang meluluskannya.
Rakyat ingin tahu  kenapa seorang isteri kepada pemimpin yang mempunyai pengaruh yang  terlalu besar dalam negara, sehinngkan apa sahaja siisteri ini inginkan  akan mendapat kelulusan.
Rakyat ingin tahu kenapa kerajaan  memotong subsidi yang telah sekian lama diberikan kepada mereka. Kenapa  tidak kurangkan kegiatan rasuah dan salahguna kuasa yang membebebankan  perbelanjaan kerajaan tidak dihapuskan dulu.
Rakyat tahu jika  rasuah dan salahguna kuasa dapat dikurangkan kerajaan akan dapat  menyelamatkan wang rakyat lebih dari RM750 juta dan didapati melalui  proses mengurangkan tindakkan rasuah dikalangan kakitangan kerajaan dan  pemimpin-pemimpin politik.
Utusan sudah tidak diyakini lagi oleh  rakyat dan jika Utusan ingin menjadikan media cetak itu sebagai ‘spin  Doctor’ untuk UMNO ia hanya akan memberikan impak negative kepada parti  itu.
Saya sendiri sudah tidak melangan Utusan sejak 20 tahun  dahulu kerana jiwa dan persepsi saya terhadap akhbar ini sangat rendah.  Saya tidak yakin lagi dengan apa-apa yang ditulisnya.
UMNO tidak  mempunyai jalan lain selain dari membawa pembaharuan yang besar kepada  parti itu.
Bersemuka dengan PAS tidak mampu membina imej UMNO  yang sudah tercalar itu, malahan ia akan memungkinkan PAS berhadapan  dengan risiko tentangan dari ahli-ahlinya sendiri.
Sumber:  http://aspanaliasnet.blogspot.com