Rumah peguam kepada detektif persendirian iaitu peguam Manjeet Singh  Dhillon telah dipecah masuk oleh pihak tertentu dan barang yang mencari  sasaran adalah komputer riba.
Detektif tersebut, P.  Balasubramaniam adalah saksi penting satu kes rasuah yang didakwa  berlaku semasa urusan pembelian dua kapal selam dari Perancis dan juga  berkaitan dengan pembunuhan wanita Mongolia tiga tahun lepas.
Manjeet  yang merupakan salah seorang daripada peguam Balasubramaniam itu yang  baru pulang dari London untuk bersama-sama dengan Balasubramaniam  memberi keterangan kepada pihak berkuasa Perancis yang menyiasat kes ini  pada awal minggu lepas.
Manjeet (gambar kiri) pulang untuk  menghantar jawapan kepada 52 soalan SPRM kepada Balasubramaniam yang  akan diserahkan tidak lama lagi kepada pihak SPRM.
Menurut  kenyataan yang dibuat Manjeet, pecah masuk ini adalah yang kedua  berlaku. Kali pertama yang berlaku ialah semasa Balasubramaniam  ditemuramah di Singapura.
Barang-barang lain seperti barang kemas  dan barangan berharga tidak pula diusik di rumahnya semasa mereka  memecah masuk rumahnya.
Pada hujung bulan November tahun lepas,  rumah Manjeet juga dibaling dengan bom petrol yang merosakkan dinding  garaj rumah mereka. Bom petrol itu dikatakan sebagai amaran ke atas  Manjeet. Manjeet juga adalah bekas Presiden Majlis Peguam Malaysia.
Manjeet  yakin kejadian ini ada kaitan dengan pihak yang ingin melambatkan  siasatan di dalam kes berkaitan dengan Balasubramaniam dan akan membuat  laporan polis mengenai pecah masuk ini dalam masa terdekat.
~sumber  KLToday.com