Menurut Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr  Ahmad Zahid Hamidi isu  pembelian kapal selam Scorpene tidak perlu di  bawa kepada Suruhanjaya  Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana  pembelian kapal selam itu  dibuat mengikut prosedur yang sepatutnya.
Malah  kos pembelian  kapal selam buatan Perancis bernilai kira-kira Euro1  bilion pada tahun  2002 itu mendapat kelulusan Kementerian Kewangan.
Sepertimana   dilaporkan Bernama, ketika mengulas mengenai pembelian kapal selam itu   yang dilaporkan oleh sesetengah media membabitkan pembayaran komisen   bernilai kira-kira Euro114 juta kepada sebuah syarikat di Malaysia.
"Pembelian  dibuat mengikut apa yang ditetapkan prosedur,  semua langkah diikuti  sebaik-baiknya," kata Ahmad Zahid baru-baru ini.
Jawapan  Ahmad  Zahid menggambarkan sikap tidak matang sebagai seorang Menteri  yang  sepatutnya peka dengan kegelisahan dan suara rakyat yang prihatin   dengan isu rasuah membabitkan wang rakyat.
Kita mengharapkan   kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Razak yang mengaku ‘mendahulukan   rakyat dan mengutamakan prestasi’ supaya ‘buat serupa cakap’ dan bukan   ‘cakap tak serupa bikin’.
Adakah Ahmad Zahid mengharapkan rakyat   akan menarik nafas lega mendengar kenyataan beliau mengenai kes kapal   selam tak menyelam itu?
Kita ingin melihat sikap yang lebih   telus, matang dan profesional daripada Menteri Pertahanan jika benar   segalanya mengikut prosedur dan tiada ‘hanky panky’ dalam pembelian luar   biasa yang menarik perhatian satu dunia itu.
Apa yang   ditakutkan beliau jika tiada apa yang ingin disorokkan daripada SPRM dan   rakyat 1Malaysia?
Ulasan GB
Datuk Seri   Dr Ahmad Zahid Hamidi, begitulah sebutan namanya sekarang. Oh, dah ada   Ph D, kurniaan UPM walaupun ada di kalangan akademis amat meragui   kurniaan tersebut.
Namun yang terserlah mentaliti, sikap dan   pertuturannya tidak melambang beliau seorang yang mempunyai Ph D.
GB   masih ingat di suatu masa seorang Datuk Bandar bernama Datuk Elyas  Omar  yang menggunakan "Dr." dipangkal namanya sedangkan beliau bukan  seorang  pemegang Ph D ataupun seorang bekas pelajar perubatan.
Akhirnya   terbongkar, memang sahih beliau tidak ada ijazah berkenaan, maka   diarahkan beliau menanggalkan gelaran itu daripada namanya. Mujur ada   pangkat Datuk, jadi ramai tak perasan mengenai ketiadaan sebutan Dr lagi   pada namanya.
Begitulah, Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa   Hassan cuma ada diploma dan bukan ijazah Sarjana Muda Undang-undang.   Musa Hassan didakwa memberikan pengakuan palsu berhubung kelayakannya   pada perbicaraan kes rasuah Anwar Ibrahim pada tahun 1998.
Menurut   laporan polis yang dibuat oleh peguam Anwar, R Sivarasa, Musa, pegawai   penyiasat dalam kes itu memberitahu mahkamah ketika itu bahawa dia   mempunyai ijazah sarjana muda dalam undang-undang.
Bagaimanapun,   dalam satu lagi perbicaraan yang membabitkan kes rasuah bekas Pengarah   Sisatan Jenayah Perdagangan, Bukit Aman, Ramli Yusuff pada tahun 2009,   Musa memberitahu mahkamah dia memiliki “diploma dalam undang-undang dan   pengajian pengurusan”.
“KPN telah memberikan kenyataan palsu   dengan mengatakan dia memiliki ijazah undang-undang ketika disoal balas   dalam kes Anwar, sedangkan hakikatnya dia hanya mempunyai diploma dalam   undang-undang,” kata Sivarasa.
Itu sebab kita lihat mentaliti,   tindakan dan pertuturannya tak sampai ke darjat yang didakwanya.
~GB