Sepuluh penerbitan telah diberi teguran dan diambil tindakan oleh   Kementerian Dalam Negeri (KDN) dari Januari hingga Jun tahun ini kerana   melanggar syarat dan perutukan mengikut Akta Mesin Cetak dan Penerbitan   1984.
Penerbitan berkenaan   ialah 
Harian Metro, Metro Ahad, Kosmo, Oriental Daily, China Press,   Nanyang Siang Pau, Harian Tamil Uthaya Surian, Suara Keadilan, Suara   Perkasa dan 
Harakah.
Dalam satu  kenyataan hari  ini, Setiausaha Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks  Al-Quran KDN Datuk  Zaitun Ab Samad berkata KDN akan mengambil sikap  tegas ke atas  mana-mana pemilik permit penerbitan dan lesen mesin cetak  yang didapati  melakukan pelanggaran syarat dan tidak mematuhi  peruntukan-peruntukan  mengikut akta tersebut.
Beliau  berkata KDN juga akan mengkaji  dan meneliti prosedur dan garis panduan  untuk memantapkan dan  meningkatkan keberkesanan serta keseragaman  pengurusan media melalui  Jawatankuasa Pengukuhan Strategi Komunikasi  Kerajaan yang ditubuhkan.
Jawatankuasa itu   dianggotai Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri   Aziz, Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Rais Yatim   dan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein.