Isnin, 26 Julai 2010

Haram 2 Buku. Zunar Dan Malaysiakini Memfailkan Kepada Mahkamah Cabar Keputusan KDN

Malaysiakini dan Zunar hari ini memfail dua permohonan berasingan kepada mahkamah untuk mencabar keputusan Kementerian Dalam Negeri yang mengharamkan dua buku, "1 Funny Malaysia" and "Perak Darul Kartun" yang mana kedua-duanya menampilkan kartun-kartun politik karya Zunar.

LATAR BELAKANG

Pengharaman tersebut adalah di bawah Akta Mesin Cetak dan Penerbitan (Kawalan penerbitan tidak sesuai) (No.5) Order 2010 yang digazetkan pada 17 Jun 2010. Pengharaman ini dilakukan oleh Timbalan Menteri Dalam Negeri Abu Seman bin Yusop "bagi pihak dan atas nama Kementerian Dalam Negeri."

Satu-satunya alasan pengharam tersebut dinyatakan dalam arahan itu sendiri, iaitu kedua-dua buku dikatakan "boleh mengencam ketenteraman awam". Arahan tersebut dikatakan dibuat mengikut Seksyen 7 Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.

1Funny Malaysia adalah koleksi karya-karya pilihan kartun Zunar yang tersiar dalam ruangan Cartoonkini dalam portal web Malaysiakini dari tahun 2005 hingga 2009. Perak Darul Kartun buku terbitan syarikat yang dimiliki Zunar sendiri, Sepakat Efektif Sdn Bhd menampilkan karya-karya Zunar bersama beberapa kartunis dan penulis tempatan.

Oleh kerana kedua-dua buku tersebut adalah berbeza dan diterbitkan oleh dua syarikat yang berbeza, kami dinasihatkan untuk memfail dua semakan kehakiman yang berasingan.

ALASAN PENCABARAN

Kedua-dua Malaysiakini dan Zunar berpendapat pengharaman tersebut adalah percubaan kerajaan untuk mengekang hak kebebasan bersuara dan menghalang hak kebebasan untuk bertukar-tukar pendapat serta idea diantara rakyat Malaysia.

Kerana kedua-dua hak ini dijamin dalam Artikel 10 (1) (a) Perlembagaan Persekutuan, kami berpendapat pengharaman ini adalah tidak wajar dalam sebuah negara demokrasi seperti Malaysia.

Kami juga berpendapat pengharaman ini adalah satu bentuk penyalahgunaan kuasa oleh kerajaan untuk membisukan kritikan terhadap polisi kerajaan dan Perdana Menteri sekarang.

Kami tidak dapat memahami bagaimana kartun-kartun politik yang secara satira memberi komen mengenai politik serta ahli-ahli politik Malaysia boleh mengancam ketenteraman awam. Tidak ada bukti bahawa mengenai ternacamannya ketenteraman awam yang ditunjukkan kepada kami (oleh pihak kerajaan). Begitu juga kami tidak diberi peluang untuk memberi penjelasan sebelum pengharaman tersebut dibuat.

Kami juga tidak diberitahu sebarang alasan mengenai pengharaman tersebut melainkan melalui kenyataan media bahawa buku-buku itu mengancam ketenteraman awam.

Tindakan kerajaan mengharamkan buku-buku ini tidak konsisten dengan representasi yang dibuat kepada dunia mengenai hak asasi. Tambah mengecewakan Malaysia adalah ahli The United Nation's Human Rights Council bagi penggal 2010 hingga 2013.

TUNTUTAN

Kami mencabar pengharaman ini atas alasan berikut:

a. Pengharaman ini tidak sah, kerana ia bertentangan dengan hak kebebasan bersuara yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan.

b. Pengharaman ini tidak sah kerana ia bersifat ultra vires (tidak terdapat dalam skop) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 memandang buku-buku tersebut tidak mengancam ketenteraman awam.

c. Pengharaman ini melanggar undang-undang sejagat dan tidak dilakukan dengan adil kerana kami tidak diberi peluang memberi penjelasan sebelum pengharaman ini dibuat dan tidak diberitahu mengenai alasan pengharaman.

d. Pengharaman ini adalah satu bentuk tindak balas yang tidak wajar terhadap buku-buku kami.

Kerana itu kami memohon arahan mahkamah seperti berikut:

1. Arahan untuk membatalkan pengharaman ke atas kedua-dua buku tersebut.

2. Pengistiharan bahawa pengharaman tersebut adalah tidak boleh diterima pakai dan tidak sah serta tidak boleh dikuatkuasa kerana ia bersifat ultra vires bagi Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 dan bertentangan dengan hak kami yang dijamin dalam Artikel 10 (1) (a) Perlembagaan Persekutuan.

3. Kos Kerugian dan kerosakan kerana tidak dapat menjual buku-buku tersebut.

Kami diwakili oleh Edmund Bon Tai Soon, Amer Hamzah Arshad, Edward Saw, K Shanmuga, Aston Paiva dan Fahri Azzat.

*Kenyataan oleh Zunar dan Malaysiakini mencabar pengharaman buku oleh Kementerian Dalam Negeri di mahkamah.