"Ada sesuatu  disembunyikan dari kita,  seolah-olah Bala ini pegang  ‘kunci peti  rahsia’ tak kiralah kes  Altantuya atau rahsia aktiviti  isteri orang  nombor satu negara," jelas  beliau petang tadi di lobi  Parlimen.
Sekiranya tidak, beliau berkata, takkan   Suruhanjaya Pencegahan  Rasuah Malaysia (SPRM) membatalkan niat   menghantar tiga pegawai  penyiasat (IO) ke London untuk bertemu Bala.
Dalam pada itu, beliau turut mempersoal   keengganan SPRM itu  kononnya atas nasihat  Peguam Negara, Tan Sri Abdul   Gani Patai.
"Tengah  malam pun, SPRM sanggup buat rayuan di  mahkamah supaya  mereka boleh  siasat, takkan dalam isu Bala ini, mereka  ikut Peguam  Negara dengan  serah soalan pada peguam Bala saja," jelas  beliau.
Beliau turut meminta pihak berwajib menyiasat   40 peratus  pendedahan pemilik sesawang Malaysia Today, Raja Petra   Kamaruddin (RPK)  seperti yang diakui oleh Datuk Mukhriz Mahathir,   Timbalan Menteri  Perdagangan Antarabangsa dan Industri.
"Kenapa tak siasat kebenaran dalam tulisan RPK  ini sedangkan   Mukhriz sendiri mengaku bahawa 40 peratus adalah  benar," beliau   menambah.
Disebabkan itu, beliau sekali lagi  menyuarakan  rasa hairan  dengan tindakan Kementerian Dalam Negeri (KDN)  dan polis  memburu 'Raja  Blogger' terbabit semata-mata.
"Pergi siasat dulu siapa bunuh Altantuyaa, siapa jual kedaulatan    negara pada Singapura dan Brunei, siapa bunuh Teoh Beng Hock kerana  RPK   dedah itu semua," tegas beliau.
Melihat  tindakan  kerajaan dalam menghadapi  pendedahan RPK itu, beliau tidak  menolak  kemungkinan bahawa 'Raja  Blogger' itu mungkin mempunyai 'kunci  pendua'  peti rahsia yang  melibatkan salah laku pemimpin tertinggi  tertentu dalam  kerajaan.
"Kalau tidak ada  kunci peti rahsia seperti   Bala pun, dia mungkin pernah lihat (peti  rahsia) atau mungkin ada kunci   pendua yang sangat ditakuti oleh kabinet  Perdana Menteri kita,"  jelasnya  lagi.
Tuntas  dari itu, beliau menasihatkan kerajaan  supaya turut  menyiasat beberapa  pendedahan Bala dan RPK berhubung  pemimpin tertentu.