Khamis, 8 Julai 2010

Alat Kelamin Penyanyi Ariel Diperiksa Polis



ARIEL


JAKARTA - Polis Indonesia telah melakukan ujian pengecaman fizikal menyeluruh untuk mendapatkan maklumat bagi mengenal pasti pelaku klip video lucah yang membabitkan penyanyi Ariel Peterpan, pengacara Luna Maya dan Cut Tari, lapor sebuah akhbar semalam.

Seorang jurucakap polis, Marwoto Soeto semalam menyatakan, ketiga-tiga selebriti tersebut menjalani pemeriksaan anatomi tubuh, bermula dari hujung rambut hingga ke hujung kaki.

"Kami periksa bahagian dalam dan luar, baik yang dapat dilihat dengan mata kasar atau sebaliknya. Semuanya kami periksa, misalnya kakinya berapa sentimeter, tangannya berapa sentimeter dan bentuk tubuhnya juga diukur," kata Marwoto.

Menurutnya, alat kelamin Ariel turut diperiksa dalam ujian tersebut.

Berdasarkan hasil ujian fizikal itu yang dibocorkan kepada media tempatan, panjang zakar Ariel adalah 21 sentimeter.

Ketika diminta mengulas mengenai laporan media itu Marwoto berkata:" (Panjang kemaluan Ariel) mungkin kurang satu sentimeter daripada 21 sentimeter. Saya tidak pasti. Itu kerja forensik," ujarnya sambil ketawa.

Penyanyi berusia 29 tahun itu ditahan pada 22 Jun lepas kerana disyaki mengedarkan klip video lucah bersama kekasihnya, Luna Maya dan bekas kekasihnya, Cut Tari. - Agensi