IPOH 8 Julai - Sejumlah 208 rakyat Malaysia yang disyaki penjenanyah di  tembak mati oleh anggota polis antara tahun 2005 dan 2009 dan statistik  menunjukkan trend polis memenbak orang awa sesuka hati meningkat dari  tahun ke tahun.
Melahirkan kebimbangkannya, Ahli Parlimen Gopeng,  Dr Lee Boon Chye berkata beliau amat risau mengenai peningkatan  tindakan hukuman-tanpa-perbicaraan yang diamalkan oleh pihak polis sejak  lima tahun lalu.
Dalam satu kenyataan semalam, Dr Lee berkata  berdasarkan jawapan yang diberikan oleh Kementerian Dalam Negeri kepada  soalan lisan beliau di parlimen, jumlah orang awam yang ditembak mati  oleh anggota meningkat daripada 9 orang pada tahun dan melonjak kepada  88 orang pada tahun lalu.
Statistiknya adalah seperti berikut:
2005  - 9
2006 - 16
2007 - 13
2008 - 82
2009 - 88
"Statistik  ini jelas menunjukkan peningkatan trend tindakan polis menembak sesuka  hati semasa menjalankan tugas. Insiden terbaru melibatkan empat  "perompak" yang ditembak mati dalam kejadian di kediaman Exco Pahang,  Datuk Wan Adnan Wan Mamat.
"Keempat-empat mangsa tidak  sedikitpun mendapat peluang menjalani proses undang-undang yang  sewajarnya.
"'Rakyat mengimbau insiden yang serupa di mana remaja  berusia 14 tahun, Aminulrasyid Amzah dari Shah Alam ditembak mati oleh  polis pada 26 April 2010 dan juga kejadian di mana remaja 18 tahun, Mohd  Afdam Arin dari Taman Johor Jaya ditembak mati pada 20 October 2009  atas dakwaan kes ragut," jelas Dr Lee.
Dr Lee yang juga Naib  Presiden KEADILAN mendesak inkuiri terbuka diadakan ke atas kesemua kes  terbabit bagi memastikan kebenaran terbongkar dan keadilan ditegakkan  seperti dalam kes Aminulrasyid.
Beliau berkata sudah tiba masanya  cadangan Suruhanjaya DiRaja Penambahbaikan Polis pada 2005 berhubung  penubuhan  Suruhanjaya Bebas dan Salah Laku Polis (IPCMC) dilaksanakan  segera.