ISLAM MENENTANG  FAHAM KETUANAN MELAYU
FAHAM KETUANAN MELAYU (UMNO) KE 101
UMNO KUTUK YAHUDI DI LUAR PARLIMEN 
DALAM PARLIMEN SOKONG YAHUDI (APCO) UNTUK  GUNA WANG RAKYAT (UMNO SUDAH BERPERANGAI SEPERTI YAHUDI)
ALLAH  BERFIRMAN DALAM AL-QUR'AN SURAH AL-IMRAN 149
    Dalam ayat ini  jelas Allah menyatakan bahawa tidak layak orang beriman mengambil musuh  Allah sebagai sandaran dan menerima nasihat daripada mereka.  Arahan  daripada mereka yang ada iri hati dengan Islam sudah pasti nasihat  mereka memesongkan penganut daripada Islam.  Inilah kecenderungan ahli  Kitab yang diberikan Kitab (Taurat) oleh Allah.  Dihujung kehidupan  sekiranya ahlul Kitab ini menjadi sandaran maka sudah pasti golongan  yang menerima nasihat itu akan termasuk dalam golongan orang yang rugi.
     Inilah yang ditolak oleh UMNO.   Mereka mengambil APCO, syarikat yang berasaskan Yahudi sebagai penasihat  kepada kerajaan.  Yahudi tak akan menasihat kerajaan supaya menghantar  makanan dan bantuan perubatan kepada Palestin.   Itu sebab yang  menghantar bantuan kepada saudara seIslam ialah NGO dan bukan inisiatif   kerajaan.  Yang memberi tekanan kepada kerajaan haram Israel ialah  kerajaan Turki.  Malaysia atas nasihat APCO tak akan memberi tekanan  kepada Israel.  
     Oleh kerana sukarelawan Turki  yang banyak terbunuh maka kerajaan Turki memberi amaran "sekiranya  Israel tidak membebaskan mereka yang ditawan dalam masa 3 hari maka  Turki akan menyerang Israel" kata Endorgan, Perdana Menteri Turki.   Malaysia terus senyap dan berpeluk tubuh atas nasihat APCO.
    Itu sebab yang hanya boleh dibuat oleh  Malaysia ialah menyambut sukarelawan kapal.  Tidak lebih daripada itu.   Ucapan di luar Parlimen, pemimpin UMNO semacam membenci Yahudi.  Antara  yang dikatakan ialah " program bantuan kepada umat Islam Gaza ini mesti  diteruskan"atau "Kita tak mahu kutuk hanya dalam Parlimen tetapi mahu  tindakan yang serius".  Ini semua adalah kata pemimpin UMNO yang  munafik.  Sewaktu perbahasan tentang APCO dalam Parlimen yang  mempertahankan UMNO tidak lain MP UMNO.  Pemimpin UMNO sudah sama  macam Yahudi.  Yahudi bermuka dua.  Ya disatu ketika tetapi dalam masa  yang sama membunuh umat Islam Palestin.
     UMNO kita cabar sekiranya kamu benci  kepada Yahudi kerana membunuh umat Islam maka perkhidmatan APCO  hendaklah diberhentikan.  Tinggalkanlah UMNO kerana perjuangan UMNO kini  sudah menyeleweng.  Bersamalah dengan PAS yang memperjuangkan Islam  yang tulen.