Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dilaporkan enggan  mengambil keterangan penyiasat kontroversi P Balasubramaniam di hadapan  para peguam.
Peguam PI Bala, Americk Sidhu berkata SPRM tidak  mahu peguam turut sama dalam sesi mengambil keterangan bekas anggota  Cawangan Khas ini yang membongkar hubungan antara Presiden Umno Najib  Abdul Razak dan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu.
Sesi tersebut  ditetapkan pada 5 dan 6 Julai di London, Malaysian Insider melaporkan.
Americk  berkata SPRM juga menolak permintaan peguam memohon transkrip video  sesi itu.
Pertemuan tersebut dijadualkan pada 5 dan 6 Julai depan  di London.
"Ya, kami di peinkat akhir perundinga di ketika  ini.
"Semuanya telah dipersetujui kecuali SPR< tidak  membenarkan peguam kami hadir semasa sessi mengambil keterangan  dilakukan,” kata Americk.
“Kami tidak bersetuju dengan syarat  tersebut, oleh itu kita akan tahu hasil rundingn minggu depan,” tambah  beliau, dan menyatakan tempat pertemuan telah ditempah unuk 5 dan 6  Julai.
Americk menyatakan Bala sedang menunggu para pegawai SPRM  untuk datang ke London.
Para pegawai SPRM sebelum ini  membenarkan rakaman sessi mengambil keterangan dilakukan tetapi mereka  telah mengubah pendirian kemuadiannya, kata peguam Bala.
Bala  telah menghilangkan diri pada 2008 selepas mengeluarkan dia akuan  bersumpah yang bertentangan mengenai konspirasi pembunuhan Altantuya.