Oleh Faizal Ezzany
KUALA LUMPUR, 18 Jun - Ahli Parlimen Klang,  Charles Santiago hari ini mendesak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah  Malaysia (SPRM) menyiasat kenyataan  Timbalan Menteri di Jabatan Perdana  Menteri, Datuk Ahmad Maslan bahawa rizab tunai Felda menyusut kepada  RM1.35 billion pada 2009 daripada RM4.08 billion pada tahun 2004.
Ahmad  Maslan dalam penjelasannya di Dewan Rakyat pada 16 Jun lepas, nilai  aset yang dimiliki oleh Felda meningkat walaupun rizabnya berkurangan.  Beliau juga memberi asalan kekurangan rizab tersebut digunakan untuk  program kebajika peneroka Felda selain membina ibu pejabat Felda yang  baru.
Charles yang telah menyerahkan laporan tersebut kepada  Pengarah SPRM, Yusoff Akob di Pejabat SPRM Wilayah Persekutuan, Kuala  Lumpur pagi tadi telah diterima juga meminta siasatan penuh dilakukan  bagi mengetahui penyelewangan dan juga penyalahgunaan kuasa keatas  Felda, beliau juga mahukan semua pihak yang menpunyai hubungkait dengan  Felda dipertanggungjawabkan diatas kemerosotan rizab tersebut.
Sementara  itu, Timbalan Pengerusi Biro Perhubungan Antarabangsa KEADILAN Datuk Dr  Tan Kee Kwong yang juga merupakan bekas Timbalan Menteri Tanah dan  Pembangunan Koperasi, turut sama menemani Charles meminta SPRM menyiasat  dakwaan pentadbiran di dalam Felda yang disalah urus.
Tan juga  bertanya kepada perlunya Felda membina bangunan baru bertaraf 'lima  bintang' di segi tiga emas yang terletak bersebelahan Suruhanjaya Tinggi  Republik Singapura, sedangkan pejabat yang sedia ada masih boleh diguna  pakai.
"Kenapa Felda perlu berbelanja lebih dengan pembinaan  pejabat baru bertaraf lima bintang di segi tiga emas, kita rasakan ini  satu pembaziran sedangkan bangunan yang sedia ada di jalan Semarak masih  lagi boleh digunakan.
"Kos yang dibelanjakan untuk membina  bangunan tersebut bernilai RM662 juta dan wang pendahuluan telah dibayar  kepada Naza TTDI sebanyak RM230 juta. Apa jaminan yang boleh kita  pegang bahawa Naza TTDI akan bertanggungjawab untuk menyiapkan projek  tersebut sepenuhnya tanpa ada apa-apa masalah nanti sedangkan wang  pendahuluan telah dibayar.
"Kita juga ingin mengetahui siapakan  yang memberi kelulusan pembayaran tersebut, satu lagi kita kena lihat  apa faedah yang akan diperolehi oleh peneroka dengan pembinaan bangunan  tersebut. Ini yang kita perlu tekankan, pembaziran yang teruk telah  berlaku dalam pentadbiran Felda sekarang," jelasnya.
Tan juga  menyuarakan ketidakpuashatiannya kenapa Felda tidak menggunakan tanah  mereka sendiri di jalan Semarak kerana dengan penggunaan tanah sendiri  kosnya dapat dikurangkan lagi.
"Felda sepatutnya menggunakan  tanah mereka sendiri bagi mengurangkan kos pembinaan bangunan tersebut,  tetapi mereka tidak mahu menilai semua itu. Felda hanya mengeluarkan kos  sebanyak RM220 juta sahaja jika pembinaan itu dilakukan ditanah  sendiri," sambungnya lagi.
Tambahnya lagi kerajaan telah membuka  tender untuk kerja-kerja meruntuh bangunan lama di jalan Semarak itu.