CIK Normah membaca artikel dalam sisipan New  Straits Times, Life & Times pada 7 Jun lalu. Dalam satu ruangan  sisipan itu, ia memaparkan topik yang menjadi pilihan untuk diketahui  pelayar laman sesawang, Google. Dalam erti kata lain, topik atau isu  paling hangat yang hendak diketahui umum.
Selain, kekejaman  Israel yang menyerang misi bantuan ke Gaza dan filem Lagenda Budak  Setan, cerita Rozita Che Wan turut menjadi pilihan dalam beberapa  tempoh. Dalam senarai berita Top 10 yang disiarkan, janda anak dua itu  berada di kedudukan nombor tujuh. Kelas ‘gitu’.
Mungkin Rozita  menjadi panas dan bualan apabila memakai skirt mini ketika menghadiri  pertandingan akhir Akademi Fantasia musim kelapan baru-baru ini. Tak  habis-habis, kakak kepada Ayu Raudhah ini menerima tempias kontroversi  yang tak terduga.
Sebelum ini umum tahu kisah yang mengaitkannya  dengan golongan VIP dan ahli sukan menjadi-jadi. Malah impiannya untuk  bebas kontroversi pada tahun ini juga tidak kesampaian. Sebaliknya,  bekas ratu cantik yang menjadi kegilaan ramai itu terus diuji  termasuklah kisah dia memakai skirt pendek.
Memang orang cantik  macam kami ini sering diduga. Sudahlah popular dan diperhatikan, tak  lepas-lepas menjadi mangsa serangan tertentu. Cik Normah sendiri melalui  perkara yang sama. Cuma mujur Cik Normah sudah bersuami. Mungkin  penamat kontroversi Rozita hanya akan berakhir selepas dia menamatkan  zaman jandanya kot.
  
Tak apalah, Rozita pun sedang  bahagia dengan jejaka bermula dengan huruf pangkal S. Siapa tahu jodoh  mereka akan ke jenjang pelamin. Cik Normah masih belum berkesempatan  melihat wajah arjuna hati Rozita. Tapi menurut teman sepejabat Cik  Normah, boleh tahan juga paras rupa lelaki yang bertakhta dalam hati  Rozita itu. Elok ‘gitu’. Tapi kalau sudah sama-sama suka, janganlah pula  tunggu lama-lama.
