“Kita mahu menjadikan PAS sebagai parti yang menarik kepada Muslim Melayu.
“Semoga dengan jumlah 110 kerusi parlimen yang majoritinya Muslim, akan berlaku suatu pendekatan terbaik bagi menjamin kemenangan Islam setidak-tidaknya kesemua kerusi yang PAS bertanding,” kata Nik Aziz.
“Pilihan raya umum yang ke-12 dan siri pilihan raya kecil yang berlaku selepasnya, termasuklah terbaru di Hulu Selangor dan Sibu, jelas sekali bagaimana Barisan Nasional telah ditolak secara total oleh pengundi bukan Melayu.
“Hari ini, tidak dinafikan bahawa yang menjadi tongkat Barisan Nasional ialah pengundi Melayu.
“Saya suka mengingatkan agar memerhati perkembangan ini dengan serius,” katanya.
Nik Aziz berkata demikian semasa berucap merasmikan Muktamar Tahunan Dewan Ulama, Pemuda dan Muslimat serentak di Pusat Tarbiyah Islamiah Kelantan, Pengkalan Chepa dekat sini malam tadi.
Dengan mengambil kira perkembangan sepanjang dua tahun lalu, tegas Nik Aziz, PAS perlu bergerak cergas mulai sekarang bagi mendapatkan sokongan orang Melayu dengan membawa Islam sebagai ideologi perjuangan parti.
“PAS sebagai alternatif kepada Umno perlu bergerak dengan lebih cergas dalam meraih sokongan pengundi Melayu.“Jangan dibiarkan orang-orang Melayu terus ditipu hidup-hidup dengan momokan ‘Ketuanan Melayu’ yang merupakan dongengan pemimpin Umno,” katanya.
Nik Aziz menambah, orang-orang Melayu perlu diingatkan bahawa kris yang dijulang oleh pemimpin Umno “bukannya untuk memperjuangkan Melayu tetapi hanyalah untuk merobek perpaduan kaum dan menikam bangsa sendiri yang tidak sehaluan dengan mereka.”
“Buktinya, Kelantan sebagai negeri yang majoritinya Melayu dinafikan hak untuk mendapatkan royalti minyak daripada buminya sendiri.
“Projek-projek pembangunan daripada pusat semuanya diserahkan kepada jabatan mereka sendiri. Semacam kerajaan Kelantan sekarang tidak sah dan pegawai-pegawai tidak berpelajaran, lemah dan korup,” kata Nik Aziz yang menerajui Kelantan sejak 1990.-Malaysian Insider.
Memang tak dinafikan senjata  keramat Umno ialah isu bangsa dan Melayu yang masih lagi laku  terutamanya di kawasan pedalaman dan kampung-kampung yang kurang  pendedahan kepada dunia baru iatu media baru.Bagi Umno biarlah Melayu  tindas Melayu tak mengapa jangan bangsa lain tindas Melayu itu yang  mereka lawan habis-habisan. Yang pelingkup bahasa Melayu bukan bangsa  lain tapi Melayu, yang jahanamkan syiar Islam bukan Cina dan India tapi  bangsa Melayu yang beragama Islam dengan menukar cuti hari Jumaat kepada  hari Ahad.
Yang rosakkan bantuan dan daifkan sekolah agama  rakyat (SAR) ialah orang Melayu sendiri bukan bangsa lain tapi bangsa  Melayu yang bernama Umno. Yang sodok rumah-rumah setinggan Melayu di  Kuala Lumpur hingga berbumbungkan langit ialah orang Melayu. Yang sapu  duit untuk orang miskin berpuluh juta (PPRT) juga pemimpin Umno yang  sudah tentu Melayu.Yang paling menyedihkan ialah pemimpin Melayu yang  beria-ia luluskan lesen judi bolasepak Piala Dunia 2010 dan  dipertahankan oleh pemimpin Melayu lain yang bernama Umno.Agama tak  penting yang depa penting semangat bangsa tu yang nak kena jaga.hukum  agama tolak tepi janji dapat untung hasil judi yang haram dalam Islam.
Bila  Umno kalah teruk dalam pilihanraya isu bangsa jadi senjata Umno. Bila  Umno kembali kuat isu bangsa tenggelam tak timbul-timbul.NGO-NGO Melayu  pulak dijadikan perkakas Umno untuk diperalatkan dalam setiap  pilihanraya.NGO-NGO Melayu ini ditiupkan roh Melayu , dicuci otak untuk  benci bangsa lain yang bukan Melayu supaya Umno kembali berkuasa .  Nampak bangsa lain nak terkam macam harimau lapaq tak makan 3 hari.