Dr Jomo Sundram baru-baru ini menerangkan kepada kita betapa orang  Melayu telah ditipu hidup-hidup oleh UMNO dan BArisan Nasional. Alasan  menaikkan ekuiti Bumiputra sering digunakan oleh UMNO dalam  memperjuangkan “Dasar Ekonomi Baru (DEB)”.
Namun, mengikut kajian  Dr Jomo Sundram, pemegangan ekuiti Melayu telah membeku ke tahap 18-22%  semenjak pertengahan 1980’an, yakni semenjak Malaysia mendapat Perdana  Menteri yang bukan Melayu (Mahathir la, siapa lagi).
Bayangkan,  kalau mengikut statistic umum:
Zaman sebelum Mahathir : Ekuti  Melayu meningkat dari 4% kepada 18%
Zaman Mahazalim Memerintah : Naik  turun antara 18 ke 22% untuk 30 tahun.
Mahazalim, gunakan DEB  untuk macam DEB ni bapak dia punya.
MENGAPA INI BERLAKU?
Mahazalim  dan UMNO memastikan saham-saham syarikat awam hanya diberikan kepada  kroni-kroni beliau sahaja. MAnakala, majoriti orang Melayu hanya dapat  melihat sahaja saham-saham yang begitu berharga ini disapu oleh  kroni-kroni Mahathir dan pemimpin2 UMNO.
Kroni2 dan UMNOPUTRA ini  kemudiannya akan menjual saham-saham ini untuk mendapat durian runtuh  apabila saham-saham ini mula-mula masuk ke KLSE. Mereka menjual saham  untuk mendapat keuntungan yang cepat.
Yang lagi best, sewaktu  ekonomi Malaysia merudum pada tahun 1997, banyak kroni-kroni serta  UMNOPUTRA telah “terpeleot” dan bangkrap kerana saham-saham mereka turun  pada harga lebih murah dari gula-gula Hacks.
Mahazalim dan Daim  telah menggunakan duit rakyat (dan duit Petronas) untuk membeli balik  saham2 ini dengan harga asal (bukan harga semasa) demi menyelamatkan  kroni-kroni beliau serta UMNOPUTRA.
Ertinya, bila kroni2 Mahathir  dan UMNO bangkrap, rakyat Malaysia mesti selamatkan mereka. Waktu  untung, kroni-kroni ini makan sorang-sorang manakala orang-orang Melayu  hanya tengok sahaja.
Tak heranlah, mengikut data Bank Negara,  Hutang Malaysia sekarang berjumlah RM378 ribu juta , yakni 53% dari  jumlah pendapatan negara.
Segala saham dan kekayaan negara  difaraid oleh Mahathir dan UMNO kepada kroni-kroni dan UMNOPUTRA sahaja.  Rakyat hanya bertanggungjawab membuat “bail-out” apabila kroni-kroni  ini kerugian.
Heran, Malaysia negara kaya, rakyat tak ramai, tapi  boleh berhutang sampai RM378 ribu juta (billion).
Orang Melayu  di Malaysia jadi seperti orang bodoh. Pendapatan perkapita orang Melayu  masih rendah. Purata pendapatan sebuah keluarga Melayu tidak lebih dari  RM3000 sebulan. Jumlah ni, nak makan pun tak lepas.
Pulak tu,  orang Melayu kena tipu lagi melalui jalan lain oleh UMNO dan Mahazalim.  Orang Melayu kena tipu dengan:
a. harga kereta yang 3x ganda  harga pasaran,
b. harga rumah yang sengaja ditinggikan kerana mahu  menjaga kepentingan kroni-kroni UMNO dalam bidang hartanah,
c. harga  barang makananan yang semakin tinggi kerana menjaga monopoli pengimpot  makanan yang rata-rata kroni UMNO dan BN,
d. gaji pekerja tidak  pernah diusahakan untuk setara dengan kos hidup oleh kerajaan UMNO/BN  dsbnya.
Wang simpanan hari tua kita seperti EPF juga digunakan  untuk menyelamatkan kroni-kroni. Maka, akhirnya, rakyat Malaysia dan  orang Melayu hanya kuda tunggangan UMNO, Mahazalim serta UMNOPUTRA  sahaja.
Sesetengah kroni Mahathir tu bukan orang Melayu pun i.e.  Syed Mokhtar Al Bukhary contohnya bukan berbangsa Melayu. Dia bangsa  sama dengan Mahathir kot.
~Tulang Besi
   Jomo:  Sasaran 30% ekuiti bumi tidak akan tercapai
   Sasaran 30 peratus  ekuiti untuk bumiputera di bawah Rancangan Malaysia kesepuluh (RMK10)  tidak akan dapat dicapai kerana tiada insentif yang diberikan untuk  mempertahankan pegangan mereka, kata ahli ekonomi terkemuka, Jomo KS.
    "Anda mempunyai situasi, di mana ukuran anda mengenai apa yang akan  membawa kemajuan kepada orang Melayu, adalah satu ukuran yang akan  gagal, kerana dasar tersebut," katanya dalam sidang media selepas  memberi taklimat kepada ahli parlimen Pakatan Rakyat mengenai RMK10.
    Jomo mendakwa mantan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad adalah  orang yang bertanggungjawab memulakan amalan di mana saham bumiputera  diberi kepada segelintir golongan elit sahaja.
   Menurutnya,  amalan tersebut telah mengakibatkan ekuiti bumiputera menjadi beku  antara 18 hingga 22 peratus sejak pertengahan 1980-an.
   "Jika  anda melihat angka-angka dari tahun 1970 dan seterusnya, dari 2.4 pada  tahun 1970, ia meningkat ke sekitar 18 peratus pada
   awal 1980-an  dan kemudian kekal antara 18 hingga 22 peratus untuk 30 tahun akan  datang.
   "Mengapa itu berlaku? Kerana anda mengambil aset yang  dipegang bagi pihak masyarakat bumiputera dan kemudian memberikannya  kepada beberapa orang sahaja.
   "Jadi apa yang mereka lakukan?  Kerana mereka mahu buat duit, maka apa yang mereka lakukan ialah  menjualnya. Jadi hasilnya adalah ianya tidak lagi dimiliki oleh  bumiputera," jelasnya.
-malaysiakini-