Rupa – rupanya  ada kisah lain selain dari tuduhan menerima bayaran RM20 Juta atau 1/5  dari RM20 Juta itu untuk keluar Parti..
Kisah yang tidak berkaitan dengan RM20 Juta  itu berkisar dan diwarnai dengan Komplot, Curi dan Peras Ugut, malah  jumlah yang dikatakan terlibat juga tidaklah mencecah jutaan Ringgit.
Dan seperti biasa yang dituduh sebagai  dalangnya ialah UMNO.
Kisah  ini telah diceritakan oleh A. Sivanesan ADUN Sungkai yang juga Timbalan  Pengerusi DAP Perak dan juga Ahli Parlimen Ipoh Barat M . Kulasegaran.
Kisah dikatakan bermula dengan kehilangan  RM45,000.00 dari Firma Guaman yang dimiliki oleh Keshvinder Singh, ADUN  Malim Nawar dari DAP yang telah mengumumkan keluar Parti menjadi ADUN  Bebas yang menyokong BN tengah hari tadi.
Walaupun Keshvinder menafikan UMNO sebagai  dalang tindakannya itu, Timbalan Pengerusi DAP Perak A Sivanesan telah  mendakwa sebaliknya.
Menurut  ADUN Sungkai itu, Keshvinder telah menceritakan kepadanya hal  kehilangan RM45,000.00 itu kepadanya ketika mereka berjumpa sekitar tiga  minggu yang lalu.
Keshvinder  telah menceritakan kepada Sivanesan bahawa salah satu seorang  kakitangan yang bertugas di Firma Guamannya telah menggelapkan RM45, 000  wang pelanggannya dan dia sedang cuba untuk menyelesaikannya.
Malangnya sebelum Keshvinder menyelesaikan  isu itu berita penyelewangan itu  telah sampai kepada pihak UMNO. 
Apabila pihak UMNO mendapat tahu hal itu ,  mereka mula menekan Keshvinder menggunakan isu itu terhadapnya dan dalam  menekan mereka juga memujuk Keshvinder agar keluar DAP.
Sivanesan juga telah menyarankan agar  Keshvinder membuat laporan polis.
Selain dari menceritakan perkara itu kepada  Sivanesan , Keshvinder juga telah mendedahkan perkara ini kepada  beberapa pemimpin DAP yang lain termasuk Ahli Parlimen Ipoh Barat M  Kulasegaran.
Sivanesan  juga telah mencabar Keshvinder untuk menyangkal bahawa dia telah  menceritakan masaalah ini kepadanya dan beberapa pemimpin DAP yang lain.
Kulasegaran telah mengesahkan hal ini  dengan menambah dan mendakwa bahawa kakitangan Keshvinder yang  dipercayai telah menggelapkan wang RM45,000.00 itu dan melarikan diri  mempunyai hubungan dengan UMNO.
Keshvinder telah menceritakan kepada Kulasegaran kakitangannya  yang dikatakan mempunyai hubungan dengan UMNO itu , bukan saja telah  melarikan wang pelanggannya malahan juga telah melarikan bersamanya  resit pelanggannya.
Keshvinder  bimbang kerana resit itu boleh digunakan untuk menentangnya ,  Kulasegaran juga telah menyarankan agar Keshvinder untuk membuat laporan  kepada pihak berkuasa.
“  Kami bimbang akan sesuatu yang buruk menimpanya bila dia telah hilang  kelmarin” 
Kulasegaran  juga mendesak Keshvinder mengundurkan diri secara terhormat sebagai  seorang ADUN memandangkan beliau telah memenangi kerusi itu atas tiket  DAP.
Kisah ini telah  diperolehi dari SINI
Rabu, 16 Jun 2010
Bukan RM20Juta sebabnya.. Ini Kisahnya Kenapa Keshvinder Singh melompat..
Sumber: Anaksungaiderhaka