Semasa awal Najib mengambil alih jawatan PM Malaysia, saya telah menulis  mengatakan Mahathir tidak akan berdiam diri jika tidak sampai ke satu  masa yang anaknya Mukhriz berada di kerusi no 1 negara. Berbagai langkah  akan dilakukan untuk meringkaskan masa pemegang tampuk no 1 negara.  Kini dengan penonjolan PERKASA dengan imej 'ultra melayu', sentiasa  bermain di bibir Mahathir dan cuba ditonjolkan, berlainan sama sekali  dengan 1Malaysia.
Mahathir mendakwa "kemenangan BN di hulu  selangor adalah semata mata kerana peranan PERKASA yang berjaya menawan  kembali hati pengundi melayu, yang sebelum ini dengan jelas telah  menolak BN"
Kutukan pemimpin Perkasa terhadap MCA menambahkan  lagi rekod buruk 1malaysia Najib. Malah ada juga pemimpin UMNO yang cuba  mendesak MCA keluar dari BN. Satu seruan yang bodoh dan menjerut leher  BN sendiri.
Agenda dari dalam MCA pula cuba digambarkan bahawa  Soi Lek tidak berjaya mendapat tempat di hati pengundi Cina.
Semua  ini memeningkan kepala Najib dan merosakkan slogan 1Malaysia. Apapun  alasan yang diberikan oleh Ibrahim Ali dan Mahathir tentang kelantangan  membela melayu dan mengutuk Cina, ianya telah menyebabkan kaum Cina dan  India hilang kepercayaan kepada UMNO. UMNO dilihat sebagai kawan yangn  suka menikam kawan. Masa perlu dipuji dan ditatang, masa tak suka dikeji  hnedak ditendang.
Namun apapun isu yang berlaku, ianya masih  boleh membuat Najib bersabar dan cuba mencari jalan. Tetapi ada sesuatu  yang bakal mendebarkan Najib dan Rosmah. Yang bakal membuat mereka tidak  lena tidur.
Iaitu dengan kedatangan seorang peguam dari Perancis  yang bernama Joseph Brehem. Joseph adalah salah seorang peguam bagi  pihak yang menyaman DCN. DCN adalah sebuah syarikat Perancis yang  terlibat dalam penjualan dua kapal selam Scorpene.
Beliau datang  ke Malaysia untuk mencari maklumat lanjut dalam urusan pembelian kapal  selam scorpene. Beliau mencari maklumat tentang perjanjian pembelian  yang termeterai ketika Najib menjadi menteri pertahanan, dipercayai  menawarkan komisyen sebanyak RM3.7bilion kepada sekutu Najib, Razak  Baginda.
Beliau juga akan membuat permohonan supaya mendedahkan  bagaimana akaun syarikat isteri Razak Baginda bagaimana syarikat  tersebut boleh mendapatkan euro114juta dengan mudah.
Beliau juga  akan menggunakan 'waran geledah antarabangsa' supaya dia boleh mengakses  maklumat yang diperlukan dengan tiada apa apa halangan. Di bawah  Konvesyen Korupsi PBB, malaysia juga perlu memberi kerjasama yang  sepatutnya jika siasatan berkaitan korupsi ingin dilakukan di Malaysia.
Selain  Joseph Brehem, turut terlibat adalah peguam Renaud Semerdjian dan  William Bourdon selaku peguam utama. Mereka merupakan wakil bagi pihak  Suaram Malaysia. Permohonan untuk menyiasat telah difailkan di mahkamah  Perancis pada bulan Disember tahun lalu. Siasatan akan dilakukan dari  aspek rasuah dan wang umpanan terhadap DCN (dulunya dikenali DCNS).
Syarikat  DCNS telah membekalkan berbagai alatan dan kenderaan perang ke beberapa  buah negara termasuk angkatan laut Amerika, Australia, Chile, Norway,  Pakistan, Arab Saudi, Singapura dan Malaysia.
Jadi jika siasatan  dilakukan dan dakwaan berlakunya rasuah dan komisyen kepada syarikat DCN  benar benar berlaku, sudah pasti ianya akan menjadi satu isu yang  menggemparkan dunia. Bila ianya mula terbuka di mata dunia, sudah pasti  jika ada sesuatu yang cuba ditutup akan terdedah dengan sendirinya.
Pada  saat itu akan nyatalah, BANGKAI GAJAH TIDAK MUNGKIN DAPAT DITUTUP  DENGAN NYIRU. Tentu kita sendiri sudah tau, siapa yang sedang berpeluh  sekarang.
~ramziredang