Sime Darby atau lebih dikenali sebagai Synergy Drive kini nampaknya mula  gagal sebagai sebuah entiti. Terlalu banyak inisiatif perniagaan yang  dilakukan olehnya telah sedikit demi sedikit menunjukkan tanda  kegagalan. Jika senario ini tidak dibendung, maka tidak mustahil Sime  Darby Berhad (Synergy Drive) boleh jatuh muflis.
Salah tadbir  urus dan kegagalan membendung kewangan yang terhad memungkinkan Sime  Darby Berhad (Synergy Drive) menuju penamatnya.
Jika ini berlaku  maka ianya akan mengakibatkan satu bahana yang besar kepada industri  hartanah dan perladangan di Malaysia. Ini kerana Sime Darby Berhad  (Synergy Drive) dibentuk dari gabungan Sime Darby Berhad, Guthrie Berhad  dan Golden Hope Berhad yang inisiatif awalnya dimulakan oleh Nazir  Razak dari CIMB Bank.
Saya pernah menulis mengenai Synergy Drive  pada masa lalu yang mana saya tumpukan kepada risiko yang bakal diterima  atas penggabungan ini yang akhirnya hanyalah penggabungan pada nama  tetapi lebih kepada “reverse takeover” oleh Sime Darby Berhad.
Jika  Sime Darby Berhad tidak bergabung dengan Guthrie Berhad dan Golden Hope  Berhad, maka risiko yang ditanggung cuma melibatkan Sime Darby Berhad.  Namun kini, kita boleh lihat teori domino akan berlaku dimana jika satu  entiti jatuh, ianya akan melibatkan entiti lain yang bersama-sama  dengannya akan jatuh sama.
Inilah yang saya juga jangkakan  bilamana saya menentang penggabungan Felda, Felcra dan Risda atas nama  Synergy Perdana yang saya nampak akan mengalami nasib yang sama seperti  Synergy Drive (Sime Darby Berhad). Idea kedua-dua penggabungan “bodoh”  ini datangnya dari Nazir Razak yang saya pasti telah mengaut untung laba  yang terlalu besar atas kedua-dua penggabungan ini.
Yang kaya  dan bertambah kaya adalah Nazir Razak dan kroninya, manakala yang  mungkin akan jadi mangsa papa kedana pula adalah warga kedua-dua  penggabungan mega ini.
Saya amat berharap agar SPRM dapat  meneliti dan menyiasat perkara ini dan seterusnya mendakwa semua yang  terbabit tanpa mengira pangkat, darjat mahupun kekayaan. SPRM patut  memulakan dengan menyiasat Najib Razak, Nazir Razak, Hamad Kama Piah,  Desa Pachi dan ramai lagi termasuklah Musa Hitam sekali.
Semuanya  perlu disiasat dengan telus dan lengkap. Jika SPRM tidak berani untuk  melakukan siasatan, apa kata kalau kita (Warga Malaysia) menjemput ICAC  dari Hong Kong untuk membantu dan membuat siasatan. Ini kerana mengikut  pengetahuan saya, ICAC adalah lebih telus dan berani berbanding SPRM  (MACC).
Ketua Perusuh
Bekas Felo Kanan
Institut Kajian  Strategik dan Antarabangsa – ISIS