Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim  menegaskan kerajaan Selangor sama sekali tidak akan menyokong atau  membenar sebarang pembangunan teknologi nuklear dibangunkan di negeri  ini.
Beliau berkata, kerajaan negeri membuat keputusan demikian  selepas memikirkan wujud punca tenaga lain yang boleh digantikan dengan  tenaga nuklear.
Semalam, kerajaan Pusat memberi lampu hijau  kepada Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air untuk meneruskan  rancangan  membina loji janakuasa nuklear negara yang pertama dan  dijangka beroperasi menjelang tahun 2021.
Perdana Menteri, Datuk  Seri Najib Razak memberi alasan sumber semula jadi penting dibangunkan  supaya dapat  menyimpan sumber semula jadi yang terbatas sebelum  bekalannya kehabisan.
Tan Sri Khalid berpendapat negara pada masa  ini boleh mempelbagai cara untuk mengguna tenaga sedia ada di negara  ini.
Dengan terdapat sumber tenaga solar mencukupi, kerajaan  negeri tidak perlu menyokong usaha pembangunan tenaga nuklear.
“Kerajaan  negeri Selangor berpendapat untuk di negeri Selangor tidak menyokong  atau tidak akan membenarkan pembinaan pelan nuklear di negeri Selangor  atas dasar-dasar yang kita rasa terdapat di negeri ini dengan  punca-punca yang boleh kita lakukan dengan tenaga solar.
“Tenaga  solar dipertingkatkan dan usaha-usaha mengurangkan penggunaan tenaga  dari segi cahaya dan struktur dengan menggunakan dan menggunakan Low  Admission Diot untuk membentuk lampu-lampu baru,” katanya.