Isnin, 3 Mei 2010

Kenapa tidak serahkan LIMBANG kepada Brunei?

notan

Assalamualaikum,,..

Pendedahan terbaru mengenai kehilangan wilayah dan khazanah yang bernilai RM320 billion mengejutkan negara.Tetapi pendedahan ini turut mengundang persoalan apakah justifikasi yang diberikan itu munasabah?Untuk mengelak tuntutan Brunei terhadap Limbang dinyatakan sebagai sebab kenapa wilayah ini diserahkan dengan begitu mudah kepada Brunei dan lebih aneh dikatakan Brunei bersetuju agar wilayah ini dibangunkan bersama dengan Malaysia.

Untuk apa Brunei bersetuju menggugurkan tuntutan mereka ke atas Limbang sekiranyanya mereka bersetuju wilayah yang diserahkan dibangunkan bersama.Jawaban Nazri Aziz terhadap soalan bahawa Brunei tidak pernah bersetuju menggugurkan tuntutan mereka ke atas Limbang agak lucu dan tidak munasabah langsung kerana sekiranya Brunei masih menuntut Limbang kenapa wilayah ini diserahkan?Ada yang tak kena dengan transaksi kerajaan ini.

Limbang ialah wilayah yang berpenghuni sementara wilayah yang diserahkan hanyalah wilayah yang menyimpan khazanah yang bernilai tanpa penghuni.Jadi timbul persoalan di manakah kepentingan dan keperluan kepada persetujuan ini?Apakah Limbang bernilai RM320 Billion?Apakah kepentingan Limbang berbanding nilai wilayah yang diserahkan?Logiknya, kerajaan yang bimbang kehilangan Limbang kepada Brunei seperti Batu Putih kepada Singapura sekiranya dibicarakan di mahkamah antarabangsa dalam apa jua situasi tidak harus menyerahkan wilayah ini kerana nilainya yang mampu memberi kesenangan kepada rakyat.

Apa yang dapat difikirkan ialah kerajaan panik kerana tidak memiliki seorang peguam yang mampu mempertahankan kedaulatan negara.Kerajaan atau Pak Lah awal awal lagi menyedari bahawa satu lagi wilayah ia itu Limbang akan hilang sekiranya ia dibawa ke mahkamah antarabangsa.Kehilangan Limbang bakal mencalarkan imej Pak Lah dan kerajaan UMNO, oleh itu penyelesaian luar rmahkamah menjadi pilihan utama Pak Lah dan kerajaan.

Akan tetapi apabila diteliti dengan lebih mendalam, sebenarnya kerajaan lebih patut menyerahkan Limbang kepada Brunei berbanding wilayah yang telah diserahkan.Ini adalah kerana Limbang merupakan wilayah yang berpenduduk jadi dengan menyerahkan Limbang bermakna penduduknya akan jadi warganegara Brunei yang tidak perlu lagi membayar cukai pendapatan berbanding kesanggupan kerajaan kehilangan khazanah yang bernilai RM320 billion.Oleh itu, kerajaan Malaysia mungkin lebih sayangkan cukai yang dibayar oleh rakyatnya dari khazanah tersebut.

Perkara ini sudah tentu timbul dari pemikiran kerajaan yang sentiasa mahu memerah keringat rakyatnya bukan pemikiran kerajaan yang mahu meringankan beban rakyatnya.Itulah kerajaan UMNO yang memerintah negara sejak 50 tahun yang lalu.Tun Mahadir yang membangkitkan penyerahan wilayah ini bukanlah seorang pemimpin yang prihatin kepada rakyat tetapi kritikannya hanya kerana dendam kesumat kepada Pak Lah semata mata, malah mahadir dikenali sebagai pemimpin yang banyak merompak harta rakyat melebihi pemimpin pemimpin UMNO yang lain kecuali Pak Lah semasa memerintah Malaysia dengan kerajaan tiga beranaknya (mungkin).

Kepada Rais Yatim pula, penyerahan Limbang kepada Brunei di mana penduduknya dilepaskan dari beban cukai pendapatan dan negara dapat menyelamat khazanah bernilai RM320 billion merupakan win win situation,bukannya penyerahan Batu Putih kepada Singapura yang berpunca dari kelemahan hujah peguam yang mewakili negara.

Namun apabila difikirkan semula, penyerahan wilayah yang diserahkan dan penyerahan Limbang tidak perlu sekiranya Malaysia mempunyai sebuah kerajaan pusat yang hebat dengan peguam yang hebat yang dapat memberikan hujah yang meyakinkan mahkamah antarbangsa.Tapi apakah daya, usahkan berhujah di mahkamah antarabangsa berhujah di mahkamah tinggi berkaitan penggunaan kalimah ALLAH oleh gerejapun pokai.Pokai sehingga menyebabkan kekecohan yang turut disertai oleh pemimpin dan orang orang serta penyokong UMNO seperti ZUL NORDIN.