FROM MSO
ZAID Ibrahim kemungkinan akan membantan keputusan pilihan raya kecil Hulu Selangor yang berakhir semalam di mahkamah. Ini berikutan berlakunya rasuah secara meluas dalam pilihan raya berkenaan.
ZAID Ibrahim kemungkinan akan membantan keputusan pilihan raya kecil Hulu Selangor yang berakhir semalam di mahkamah. Ini berikutan berlakunya rasuah secara meluas dalam pilihan raya berkenaan.
Antara bentuk rasuah dilakukan selain pemberian bantuan  kerajaan kepada rakyat semasa proses pilihan raya berlaku ialah  pemberian wang ringgit melalui agen-agen BN.Maklumat  sedang dikumpul seberapa banyak yang boleh berhubung dakwaan berkenaan.  Zaid juga dijangka akan membuat sidang akhbar esok berhubung tindakan  yang akan diambil. Dalam pilihan itu Zaid kalah ditangan Kamalanantha  dengan kekurangan undi sebanyak 1,725. Beliau mendapat 23,272 undi  manakala Kamalanathan mendapat 24,997. Sebanyak 731 undi yang ditolak. 
Sehubungan  itu juga satu panel terdiri dari kalangan penguam terkemuka akan  dibentuk untuk merangka satu memorandum untuk dihantar NGO hak asasi  manusia dan pencinta demokrasi tulen di seluruh dunia. Memorandum itu  menjelaskan kepincangan berhubung proses perjalanan pilihan raya di  negara ini yang dikatakan berat sebelah, tidak ada dan memperalatkan  jentera kerajaan.
Memorandum ini bakal menjadi dokumen  baru untuk digunakan oleh para pendokong demokrasi tulen bagi mengkritik  perjalanan pilihan raya di negara ini. Ia juga nanti akan digunakan  oleh Bersih - sebuah badan bertindak dan memperjuangkan pilihan raya  bersih dan telus yang pernah berarak menggegarkan negara beberapa tahun  lalu.
Sekiranya memoranum ini menjadi kenyataan inilah  tindakan pertama secara profesional diambil bagi mempersoalkan  kepincangan perjalanan pilihan raya dan demokrasi di negara ini yang  dikatakan pincang dan tidak berlaku adil kepada parti pembangkang. 
Petiysen  ke atas pilihan raya Hulu Selangor itu dan memorandum itu dilihat bakal  memberi tekanan baru kepada kerajaan agar berlaku telus dan adil dalam  setiap pilihan raya. [wm.kl. 2:25 pm 26/04/10]