Kerajaan UMNO-BN  pimpinan  Najib Tun Razak akan menggunakan apa jua ruang yang ada untuk  “menyerang" keperibadian Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim  kerana beliau adalah musuh  politik utama UMNO dan Perdana menteri .
Bekas Ketua  Pengarang Utusan Melayu Said Zahari berkata, Umno tidak akan melepaskan  peluang menggunakan seluruh kekuatan media dan institusi kawalannya  untuk memburukan Anwar.
Malah UMNO  menggunakan pilihanraya Hulu Selangor bukan untuk menangani isu-isu  setempat tetapi untuk mencantas Anwar dalam apa cara sekali pun.
Anwar menjadi  sasaran poster-poster dan risalah yang mengaibkan di pilihanraya kecil  Hulu Selangor.
Hari ini Utusan  Malaysia milik Umno melabelkan Anwar sebagai boneka Israel pula selepas  beliau mendedahkan kerajaan UMNO-BN mengupah syarikat Zionis Apco serta  polis menggunakan khidmat pakar-pakar Zionis untuk merombak sistem  keselamatannya.
Akibat pendedahan  itu yang dibuat lemgkap dengan dokumen, Umno membawa usul supaya  Parlimen mengenakan tindakan displin terhadap Anwar. 
Beliau boleh  digantung dari Dewan Rakyat susulan daripada usul yang di bawa oleh  Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Nazri Aziz. 
“Musuh politik  yang pertama kepada pemerintahan Najib sekarang ini ialah Anwar. Biapun  PKR sekarang ini menghadap macam-macam isu, dia punya MP cabut, letak  jawatan, lompat dan sebagainya, tapi Anwar merupakan ahli politik nombor  satu kepada pentadbiran Najib sekarang" kata Said.
"Pada pandangan  saya, Barisan Nasional sekarang mencari apa juga alasan untuk memburu  Anwar dan ini masanya untuk mereka kerana sekarang sedang berjalan  kempen pilihanraya kecil" tambah beliau lagi.
Said, berkata  usaha berterusan UMNO dan Najib membunuh kredibiliti Anwar berpaksi  kepada keinginan UMNO untuk terus berpaut kepada kuasa.
“Apa yang saya  lihatlah, memang mereka punya target ialah Anwar sebab kerajaan  sekarang, Najib melihat musuh politik yang besar kepada pemerintah  kepada pentadbiran Najib ialah Anwar. Jadi apa-apa juga isu yang boleh  mencemarkan Anwar sekarang ini, apa lagi kalau boleh menjatuhkan Anwar,  mereka akan gunakan” tambahnya lagi.
Said berkata  pengundi di Hulu Selangor tidak harus terperangkap dengan taktik umno  menyerang anwar bagi  menutup kegagalan parti itu untuk menunaikan  janji-janji membangunkan kawasan itu
“Isu-isu setempat  mereka tidak besar-besarkan, pembangunan di kawasan setempat, di  konstitusi itu mereka tidak timbulkan. Tetapi timbulkan isu yang seperti  ini, apa ertinya?
"Mereka  menggunakan tempoh berkempen ini untuk kepentingan politik mereka, parti  besar menentang Anwar. Sebab isu-isu dan pada masa-masa lain, susah  hendak digunakan untuk menentang Anwar”  ulas beliau lagi.
-tvselangor-