from MSO
PETANG ini beberapa orang ahli Angkatan Muda Kadilan Kelantan akan  mengistyharkan diri keluar dari parti dan menyokong Umno. Alasan  digunakan ialah kerana tidak percaya kepada kepimnpinan Anwar Ibrahim.  Masalah pemilihan Zaid Ibrahim sebagai calon juga akan dijadikan alasan.
Pengumuman  ini bagi mengejutkan ahli dan penyokong PKR dalam menghadapi pilihan  raya Hulu Selangor. Tetapi bila diteliti kepada wibawa dan keperibadian  orang yang akan mengistyharkan diri ini ia tidak pun memberi bekas.  Mereka adalah budak-budak yang tukang bag lapan tong kosong Ezam Mohd  Noor.
Katanya, setiap mereka ditawarkan 'kemudahan' wang sebanyak  RM20,000. Sekurang-kurang tiga orang akan berbuat demikian. Seorang  ahli dari Gua Musang yang panggil untuk menjual diri dengan bayaran  RM20,000 bagaimana pun tidak sedia menjual diri dan tidak hadir.
Mereka  akan didampingi oleh beberapa orang yang bertindak keluar parti  sebelum. Mudah-mudahan apa yang dijanjikan mereka itu dibayar dengan  sepenuhnya dan tidak dibuat secara ansuran RM2,000 seorang sebagai  pendahuluan dan selebihanya entah bila.
Desas desus ini sudah  tersebar sejak kelmarin lagi. Ia sengaja disebarkan untuk mendapat  perhatian pihak PKR. Mereka telah mengugut parti untuk mendapatkan wang  dan jika tuntutan mereka tidak dipenuhi mereka akan umum keluar parti.
Mungkin  PKR tidak melayan mereka kerana menyebabkan mereka menyerah diri kepada  pihak BN untuk membeli mereka mengikut harga semasa, dan harganya  RM20,000 dengan cengkeramnya antara RM1,000 hingga RM2,000.
Kepada  ahli dan penyokong PKR jangan terkejut dan jika mahu mendapatkan wang  mudah disaat ekonomi tidak berapa sihat ini bolehlah mengambil  kesempatan sama.