Yang  pertama menyatakan UMNO  sudah berada dalam keadaan sangat genting. Kita  ni dah bengkrap  pemimpin ke? Dan besek?
Yang  kedua,  mendedahkan UMNO sebagai parti yang klas bawahan, tak ada  isu yang  hendak di jual kepada rakyat. Jika pihak PKR buat perkara ini,  ia  tidak menjustifikasikan tindakan kita.
Kedua  dua  cara bukan lah gaya sebuah parti yang hendak menang pilihanraya  secara  bermaruah.
Saya telah  menulis beberapa artikel  memberi pandangan saya mengenai PRK HS.  Setakat ini ramalan saya  mengenai pilihanraya kecil semua betul walaupun  ada pihak special  branch yang menyatakan sebaliknya.
Saya  akan  membuat ramalan saya dalam dua tiga hari lagi setelah saya  meninjau  sendiri dan secara lansung apa yang berlaku di barisan depan.   Tapi saya  tahu keadaan di KKB tidak memihak kepada BN. Keresahan  peneroka Felda  jika tidak di atasi, akan membawa padah kepada  kita.
Saya  telah  menyenaraikan beberapa perkara yang boleh menyebabkan kekalahan  UMNO  dan BN. Saya juga telah menulis mengenai bagaimana kita mendekati  PRK   Hulu Selangor ini dengan kaedah yang salah.
Jika  orang  tidak keluar mengundi, itu pun satu lagi bencana kepada kita. Di   kalangan orang Melayu, mereka mahukan calun yang boleh menyedekahkan   fatihah bila mereka mati. UMNO sekarang berkerja keras untuk   Kamalanathan supaya di terima oleh pengundi Melayu.
Antara   kaedah yang salah ialah berkempen menyerang peribadi lawan. Rata rata   nya pemidato UMNO mengatakan Zaid kaki minum dan kaki betina. Ini   tuduhan yang melantun semula kepada orang UMNO. Hampir semua pemimpin   UMNO minum. Ada menteri yang saban malam berkelana di kelab malam hotel   Shangrila. Yang kaki judi, bukan kepalang ramai nya. Sebab duit yang   mereka dapat duit yang amat mudah di perolehi.
Saya  orang  UMNO tapi yang tidak betul, kita mesti dedahkan. PM mahukan UMNO  di  susun semula- penyusunan semula bukan hanya melibatkan  penstrukturan  nya, tapi juga mesti melibatkan amalan, perbuatan dan  nilai murni yang  mesti di dukung oleh parti UMNO.
Kita  mesti  menuntut standard yang sama keatas parti kita seperti yang kita  mahukan  dari pihak lawan. Barulah rakyat akan yakin kepada kata dan  ucap kita.
Saya amat  gembira bila Dato Ishak  dari Negeri Semilan kata- kita mesti tolak semua  kaki minum. Tapi  gesaan itu mesti lebih di perlakukan keatas UMNO  sendiri agar dimasa  hadapan, kita akan bersihkan UMNO dari kaki mimun,  kaki judi dan kaki  betina. Kalau boleh kita nak UMNO ini parti malaikat.  Dato Ishak mesti  menyatakan dengan lantang dan tegas mengenai syarat  ini di dalam  perhimpunan agung UMNO tahun ini.
Orang  UMNO  pun lupa bahawa walaupun ada sifat sifat ini, Zaid pernah di  pilih  sebagai calun UMNO untuk kawasan parlimen KB dan pernah di angkat  jadi  menteri. Bererti ketika itu, UMNO tidak memandangkan sifat Zaid  ini  sebagai amat penting untuk tidak di pilih. Zaid di lantik menteri  pada  zaman Pak lah, seorang PM yang mempunyai ilmu agama yang tinggi  dan  bukan setakat melafazkan selawat untuk mukadimah ucapan.
Kenapa   boleh terjadi demikian?- yakni walaupun kita tahu Zaid kaki itu dan  ini,  dia masih di pilih sebagai calun dan jadi menteri pula?  Sebab  Zaid  yang ada sifat sifat tersebut berada dalam kumpulan yang sama-  kaki  minum dan kaki betina dalam UMNO. Orang macam Zaid biasa  dalam dunia  orang UMNO- ia luar biasa jika Zaid berada dalam jemaaah  PAS.
Bukan  sedikit pak menteri kaki  minum dan kaik joli dalam UMNO. Amat mudah kita  tengok perangai matlaon  UMNO ini- iaitu ketika perhimpunan agung UMNO.  Seminggu sebelum PAU ,  semua GRO di kelab kelab dangdut di sekitar PWTC-  Jalan Raja Laut dan  Sentul habis di tempah. Siapakah yang 'booking'  mereka? Tidak lain dan  tidak bukan perwakilan UMNO dan kadang kadang  yang menjadi kepala dang  booking GRO ini ialah ketua bahagian dan  menteri.
Maka  nya,  jika kita mendedahkan aib orang yang bersifat peribadi kepada  khalayak  umum, orang lain pun boleh mendedahkan aib pimpinan UMNO untuk   pengadilan rakyat. Dan kita akan lihat bahawa kaedah yang kita bawa  ini  lebih banyak mendatangkan kerugian daripada keuntungan.
Kedua,   UMNO silap besar jika membenarkan Ibrahim Ali berkempen untuk UMNO.  Dia  bukan UMNO dan Melayunya Ibrahim mustahil lebih dari Melayunya Zaid   Ibrahim atau Melayu nya kita. Perkara yang bersangkut paut dengan  orang  melayu, kepentingan bangsa Melayu- tidak memerlukan Ibrahim Ali  sebagai  juara dan jurubicara orang Melayu. Itu kerja2 UMNO.
Jika  pimpinan UMNO  'sub-contract' tugas mereka kepada Ibrahim Ali, ini  bermakna, pimpinan  yang melakukan demikian harus sama di singkirkan  dari UMNO seperti kaki  mabuk dan kaki betina.
Kenapa   kita mesti jemput Ibrahim Ali yang memperjuangkan sesuatu yang   bertentangan dengan fikiran dan wawasan PM Najib?  Ibrahim Ali juara dan   juricukap kelas penindas dan kumpulan Melayu yang terbilang sedangkan   PM Najib mahu merungkai semua amalan pilitik dan ekonomi yang di wakili   oleh Ibrahim Ali.
Agenda  kepartian, ekonomi dan  politik PM Najib yang mesti di terangkan kepada  rakyat Hulu Selangor  untuk meyakinkan mereka, mengapa UMNO adalah  pilihan yang lebih baik  dari parti Zaid Ibrahim....SAKMONGKOL AK47