HISHAMUDDIN Husein menafikan Umno yang menimbulkan  isu Zaid Ibrahim sebagai kaki bolol. Beliau meminta agar jangan  dikaitkan dengan Umno. Perkara itu menurutnya didedahkan oleh blog.
Kata  beliau Umno juga tidak akan layan permintaan Mohd Azmin Ali agar  membuktikan tuduhan itu. Hishmuddin beralasan, untuk apa Umno  membuktikannya, kerana yang timbul itu adalah blog.
Betulkah isu  itu bukan dari Umno? Hishamuddin hendak mengelak dalam soal ini kenapa?  Apakah beliau takut isu arak itu akan terpalit ke mukanya sendiri.  Bimbang selepas ini akan keluar pula gambar para pemimpin Umno sedang  menongok arah bersama perempuan?
Hishamuddin tidak boleh cuba  membersihkan Umno dari memainkan isu itu. Kalau dibuka blog pro UBN  berderek cerita Zaid minum arak. Ada setengah blog mempamerkan gambar  Zaid sedang pegang gelas. (Gelas ini pun boleh dinafikan sama ada Zaid  pegang gelas jus apel macam Dr Mahathir pegang suatu masa dulu atau  memang gelas arak).
Sebuah akhbar dikenali sebagai akhbat  penjilat buntut Umno secarareverst psiokologis turut memainkan isu itu  bila mana membesarkan perminatan Azmin agar membuktikan yang Zaid minum  arak.
Mereka yang mempelajari ilmu propanda dan psywar sangat  faham apa yang diketengahkan akhabr berkenaan. Ia bertujuan memberi tahu  dunia bahawa calon PKR itu seorang kaki arak.
Saya tidak mahu  menafikan kalau Zaid minum arak. Cuma apa yang perlu diketahui bahawa  Zaid adalah bekas ahli Umno. Dunia politik Zaid sebelum ini bukan dalam  DAP atau Pas, tetapi Umno. Malahan Zaid pernah menjadi ahli parlimen  Umno dan menjadi ketua bahagian Umno Kota Bharu. Kalau hendak dikira apa  kisahnya dengan arak bukankah lesen penjualan arak dibenarkan oleh  Umno? Bukan itu saja anak bekas Perdana Menteri itu ada melabur dalam  syarikat arak.
Bila disebut Umno, di dalam parti itu semua ada.  Semua bentuk maksiat dan jenayah ada di dalam parti kebangsaan itu.  Bukan saja arak, rasuah, maksiat, jenayah pun ada. Banyak pemimpin Umno  yang terlibat dengan perjudian dan melakukan rasuah. Orang politik yang  banyak kena tangkap dalam kes rasuah adalah dari kalangan pemimpin Umno.
Pemimpin  Umno bukan saja setakat minum arak, yang merogol anak murid sekolah,  melarikan anak raja ataupun berkahwin dengan isteri orang sebelum edah  cerai habis pun ada. Bahkan yang membunuh dan terbunuhpun adalah ahli  dan pemimpin Umno. Begitu juga yang rasuah, alias politik wang, ianya  berlaku dalam Umno. Ali Rutam, Tajuddin Rahman dan ramai lagi digantung  jawatan atau ahli kerana rasuah. Malahan Khairy Jamaluddin yang menang  ketua pemuda dan dibenci Mahathir sampai kini juga dikaitkan dengan  rasuah dalam pemilihan.
Jadi apa nak dihairankan dengan dunia dan  budaya Zaid sebelum ini yang dihalalkan oleh parti berkenaan. Zaid  dikatakan minum arak bukan hari ini. Tetapi lama sebelum ini. Semasa  dalam Umno Zaid sudah pun dikatakan minum arak. Dia sudah dituduh  sebagai peminum tegar. Kenapa waktu itu Umno tidak mengambil apa-apa  tindakan?
Jawabnya mudah saja, sebab Umno menghalalkan  arak. Dan kalau Umno nak buang pemimpinnya yang minum arak mungkin yang  tinggal hanya beberapa kerat saja. Di kalangan pemimpin tertinggi Umno  hari ini yang dikira bersih dan agak berbau dengan air zam-zam dan  setanggi Kaabah ialah Ahmad Zahid Hamid. Sementara yang lain menakutkan  kalau hendak didedahkan. Ada setengah pemimpin ada tanda karat di pipi  kanan, karat itu menurut ahli perubatan kerana beliau ada mengamalkan  penggunaan benda haram. Sebab itu beberapa kali karat itu cuba dibuat  melalui proses rawatan dan treatment tetapi tidak berhasil.
Jadi  arak adalah isu yang paling kecil dalam juzuk-juzuk kejahatan di dalam  Umno. Tetapi kenapa isu ini menjadi penting disebabkan Zaid tidak lagi  bersama Umno. Mungkin kalau Zaid masih bersama Umno parti itu tidak  mempedulikannya.
Tetapi apakah isu peribadi itu sesuatu yang  penting untuk diperkatakan dalam kontkes pilihan raya di Hulu Selangor  hari ini. Apakah ia menjadi isu ampuh dalam meraih undi. Kita tahu  kenapa Umno menimbulkan itu kerana ingin meraih simpati undi Melayu. Ada  unsur-unsur Islam dalam soal ini. Tetapi Umno terlupa bahawa calonnya  bukan Melayu dan bukan beragama Islam. Jadi apakah relevannya isu Zaid  minum arak itu ditimbulkan. Apakah dari segi sejarah kemanusiaan dan  fitrah agamanya Kamalananthan lebih suci dari Zaid?
Dari sudut  Melayu dan Islam pengundi akan dapat menilai siapa yang lebih hampir  dengan masjid atau syurga berbanding Zaid dengan Kalamananthan. Hukum  adat boleh menghukumkannya. Malahan kalau mengikut keharusan hukum Islam  dalam memilih pemimpin ini ternyata Zaid perlu didahulu dan diutamakan  dari yang lain malah beliau patut diistyharkan menang tidak bertanding.
Tetapi  kita telah menerima dasar persatuan dan perpaduan kaum. Soal agama dan  bangsa tidak menjadi masalah. Untuk diangkat sebagai pemimpin ialah  tokoh yang berwibawa, berpengalaman dan ada iltizam untuk membela rakyat  miskin. Itu yang penting. Bukannya berdasarkan merit kaum dan agama.
Ada  orang mempertikaikan kenapa Pas sokong Zaid. Bukan saja orang luar  tetapi ahli Pas ada juga yang sesat akal mempersoalkannya. Mungkin ahli  Pas yang menerima sebatang dua rokom dari Umno semasa sembenag di kedai  kopi yang mempertikikannya. Kalau ahli Pas yang faham masalahat politik  dan akur kepada pemimpin mereka tidak akan mempersoalkan pencalonan  Zaid.
Seperti mana kata Abdul Hadi Awang, Zaid sudah berubah dan  Pas menerima perubahan itu. Islam bukan saja membuka pintu kepada  peminum khamar, tetapi kepada pembunuh juga Islam sedia memaafinya.  Sejerah menunjukkan bagaimana Islam menerima taubat Ymar Khattab dan  ribuan kufar lain yang memusuhi Islam sebelum itu. Itulah kebesaran  Allah dan kehebatan Islam. Apa lagi dalam kes Zaid ini beliau sendiri  mengakui kesalahannya secara jujur dan beliau juga sudah bertaubat.  Apakah kelebihan dan alasan Pas untuk tidak menerima Zaid?
Sebenarnya  tidak hairan kalau Pas menerima Zaid dengan senang sebagai sahabat dan  didokong sepenuhnya dalam pilihan raya ini. Itulah politik Pas dan  itulah siasah syariah yang menjadi keutamaan Pas. Pas tidak bermusuh  dengan sesiapa dan sedia menerima sesiapa saja yang berniat baik. Bukan  saja Zaid, tetapi kalau Umno ingin berbaik dengannya dengan ikhlas dan  tidak memasang jerat dalam poket Pas sedia menerimanya. Kenapa Pas liat  untuk menerima Umno kerana parti itu tidak menunjukkan keikhlasan mereka  untuk berkerjasama dengan Pas.
Tengok apa yang berlaku di  Kelantan. Royalti minyak yang menjadi hak Pas terang-terang cuba  diseleweng dan dinafikan.
Tidak lama dulu Pas menerima seorang  ynag mengutuk dan menghemtam Pas siang dan malam. Malahan orang ini  mencaci Tok Guru Nik Aziz sebagai kera dan beruk. Ulama kepala hotak dan  sejuta maki hamun. Apabila orang ini dibuang oleh parti yang  diagungnya, dia datang berlutut dan menyinding kepada Pas. Pas bukan  saja sedia menerima taubat nasuha orang ini tetapi diberikan pelamin dan  lambang untuk bertanding dalam pilihan raya. Pas menganggap orang ini  sebagai jahil murakab maka Pas perlu memberi peluang untuk dia insaf.
Pas  tidak mengenang dosa dan perbuatan jahat orang ini. Pas menerima dengan  hati lapang dengan mendoakan Allah memberi taufik dan hidayah  kepadanya. Namun kerana asal usul orang ini keturunan Abu Lahab dan Abu  Jahal akhirnya dia mencelakakan dirinya dengan terus memusuhi Pas  semula. Perangai orang ini lebih buruk daripada seekor anjing yang  terjempit dan pernah diberikan bantuan!
Jadi kalau Zaid sudah  taubat, tidak menjadi kesalahan untuk Pas dan seluruh orang Melayu  menerima Zaid. Mudah-mudahan dengan menerima Zaid yang ikhlas dan jujur,  Allah akan memberi pahala kepada setiap yang mendokongnya. Kemenangan  bukan segala-galanya tetapi keinsafan dan kesedaran itu lebih bermakna  dan bererti. Kepada saya Zaid menunjukkan kesedarannya untuk mencari  keredhaan Allah dan kita harus merasa bahagia dengannya. [wm.kl. 9:00 am  19/04/10]
